Minyak paket subsidi diseludup ke Thailand

Minyak paket subsidi diseludup ke Thailand

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam, berkata permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara antara penyumbang utama berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke Thailand.

Pihak terbabit katanya, mengambil kesempatan mengaut untung berlebihan dengan menyeludup bahan itu ke negara jiran.

“Mesyuarat itu bagi menyelaras tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan kegiatan penyeludupan dan setiap agensi akan memainkan peranan masing-masing.

“Adalah tidak adil apabila subsidi yang dikeluarkan Malaysia namun diseleweng dan dinikmati rakyat negara lain,” katanya.

Pada masa sama, Azman berkata, pihaknya mengenal pasti peringkat mana yang menyumbang kepada berlakunya ketirisan.

“Untuk minyak subsidi, kita mempunyai 22 pengilang, 305 pembungkus berlesen, 4,151 syarikat pemborong dan lebih 30,000 peruncit.

“Jadi, setiap peringkat ini mempunyai peluang yang mendorong kepada ketirisan dan disebabkan itu, kita akan membuat pemeriksaan di semua peringkat bagi mengesan perbuatan itu,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )