Mereka ketepikan prinsip demi kuasa ‘Lembu Kenyang’ dan ‘Syaitan Bisu’

Mereka ketepikan prinsip demi kuasa ‘Lembu Kenyang’ dan ‘Syaitan Bisu’

Pengarah Komunikasi AMANAH Negara, Khalid Abdul Samad menyifatkan parti-parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘lembu kenyang’ dan ‘syaitan bisu’ apabila hanya tahu berdiam diri dengan segala kemusnahan yang dilakukan kerajaan TEBUK ATAP itu.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan kerajaan menyerahkan lapan anggota Abu Sayaf kepada pihak berkuasa Filipina.

Beliau meminta orang ramai membayangkan, andai kata perkara sedemikian dilakukan oleh Pakatan Harapan ketika mentadbir negara, sudah pasti akan dihembur dengan pelbagai kata-kata nista oleh PAS, malah akan dilabel sebagai ‘PH Anti Islam’.

“Sebaliknya, apabila mereka menjadi kerajaan bersama PN dan BN, mereka bagaikan pekak dan bisu. Segala prinsip telah mereka korbankan demi kuasa lembu kenyang, syaitan bisu,” tulis beliau dalam ciapan di Twitter miliknya.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )