Mereka bukan setinggan, mereka pemilik sah! Hormati hak mereka!!

Mereka bukan setinggan, mereka pemilik sah! Hormati hak mereka!!

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa beliau telah meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dan beliau dapati kedua-dua kenyataan tersebut adalah amat sangat mengelirukan dan berat berpihak kepada pemaju.

Malah katanya, sikap yang tidak profesional turut ditunjukkan apabila kenyataan tersebut turut membidas keterlibatan saya dalam isu ini dengan menuduh ianya adalah atas “kepentingan diri” dengan “menular satu fakta yang tidak tepat dan bersifat remeh”.

“Saya ingin jelaskan bahawa saya dijemput untuk terlibat oleh sebahagian pemilik, khususnya pemilik rumah teres apabila mereka merasakan diri mereka teraniaya dan hak mereka tidak dibela oleh Menteri Wilayah dan juga PKB.

“Saya cadangkan kepada kedua-dua pihak untuk menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh pemilik, dan berhenti bermain politik dan jalankan tanggungjawab kamu dengan penuh amanah dan bertanggungjawab,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu, berhubung kenyataan oleh PKB yang walaupun panjang lebar, ianya tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan. Satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Jawatan Kuasa Bertindak Sungai Baru bagi menjawab segala dakwaan dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak PKB.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH turut memberikan penekanan kepada hanya beberapa isu seperti:

(1) Kenapa Kerajaan terlibat dengan projek swasta ini sehingga sanggup menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960?

(2) Apa alasan sebenar pemilik yang menolak tawaran pemaju?

(3) Pemilik tidak menolak projek pembangunan yang ingin dijalankan.

Perlu difahami Menteri dan PKB, pemilik-pemilik tidak menolak projek pembangunan ini. Mereka hanya mahu menentukan mereka mendapat hak mereka dengan sewajarnya seperti disebut di atas dan tidak dipaksa bersetuju dengan penggunaan Akta Pengambilan Tanah.

“Saya mencadangkan Menteri dan PKB bertemu dengan pemilik-pemilik terbabit dan berbincang dengan mereka secara baik.

“Harap maklum, mereka bukan setinggan dan sebaliknya adalah pemilik sah bergeran maka hormatilah hak mereka. Kalau setinggan pun dilayani dengan baik, khususnya di Selangor, apatah lagi pemilik tanah yang sah dan bergeran,” tegas Khalid.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )