Menteri ‘tak guna’ sila berambus!! Ismail Sabri lebih rela bayar gaji buta daripada bantu rakyat

Menteri ‘tak guna’ sila berambus!! Ismail Sabri lebih rela bayar gaji buta daripada bantu rakyat

Menteri yang tak berguna dan lembab, sila berambus daripada hidup rakyat!!! Itu ungkapan rakyat jelata terhadap kerajaan Tebuk Atap 2.0 yang Perdana Menterinya daripada Barisan Nasional dan barisan Menteri yang terdiri daripada mereka yang hanya tahu bercatur politik dan kedudukan.

Jelas, rakyat Malaysia sejak semalam dilihat berang dengan pengumuman kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak sawit tulen bagi pek kemasan botol untuk dua, tiga dan lima kilogram mulai 1 Julai ini.

Reaksi tidak puas hati dan marah orang ramai ekoran jualan minyak kategori terbabit akan dijual mengikut harga pasaran dilihat membanjiri media sosial pelbagai platform.

“Menteri ramai-ramai dalam Kabinet takda sekor pun yang berguna. Main politik memang handal tapi bab urus negara otak takda. Tak sudah-sudah menyusahkan hidup rakyat,” kecam Rashid Yusof.

Sehubungan itu, orang ramai mendesak agar Jemaah Kabinet yang bersaiz XXXL di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob itu segera bertanggungjawab.

“70 Menteri kerajaan Melayu Isley tak guna… harap semua Menteri dimansuhkan bermula 1 Julai..haha,” tegas Munzir Mahassan.

Tuntutan sama dibangkitkan Shar Aziz, “Kami (Rakyat) tidak perlukan Menteri-menteri yang ada dalam Parlimen. Sila mansuhkan semua Menteri yang ada sekarang.”

Desakan orang ramai juga termasuklah ‘subsidi’ yang dinikmati Menteri-menteri yang juga adalah ahli Parlimen iaitu pelbagai jenis elaun mencecah puluhan ribu ringgit sebulan turut perlu sangat sama dipotong.

Kelihatannya, Ismail Sabri lebih ‘redha’ membayar elaun dan ‘gaji buta’ kepada para Menteri dan Duta Khas yang entah apa fungsinya demi sokongan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ihsan, berbanding mengekalkan bantuan subsidi kepada rakyat jelata.

Semakin hari, Malaysia semakin mengarut!!! Rakyat mengemis di buminya sendiri dek kerana pemegang kuasa yang tidak tahu malu dan tak pandai buat kerja!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )