Menteri diminta ambil pengajaran Laporan Ketua Audit

Menteri diminta ambil pengajaran Laporan Ketua Audit

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, meminta semua Menteri meneliti setiap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021, terutama membabitkan perkara berulang yang tidak ditangani.

Menurut beliau, perlu ada pengajaran daripada setiap teguran dalam laporan itu, manakala Menteri perlu mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian.

“Harus ada pengajaran dan saya sudah minta Menteri, dalam mesyuarat selepas ‘post cab’ teliti semula teguran dibuat. Soal perbelanjaan, soal ketirisan, tidak menepati syarat dan peraturan.

“Ini disebut dengan teliti dan saya percaya mereka (Laporan Ketua Audit Negara) akan umumkan pada waktu yang sesuai dan akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata, Laporan Ketua Audit Negara mengandungi syor, namun kesilapan atau ketelanjuran sama berterusan tahun demi tahun.

Beliau berkata, Laporan Ketua Audit Negara ialah satu dokumen penting kerana mengenal pasti kesilapan sama seperti kurang pengawasan, membiarkan ketirisan dan menyerahkan kontrak kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan.

“Cuma sekarang kita tidak memilih untuk mengumumkan kerana kita memilih untuk badan itu menjawab kerana kadang-kadang ada sebab munasabah,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )