Menteri dan CITF – Satu ke timur, satu ke barat

Menteri dan CITF – Satu ke timur, satu ke barat

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bakal memaklumkan tarikh sebenar pelaksanaan vaksinasi untuk golongan warga emas secara kaedah terbuka atau ‘walk-in’.

Langkah tersebut bagi membolehkan perancangan inisiatif dapat dimuktamadkan seperti urusan logistik dan penghantaran cukup bekalan di kesemua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Justeru, orang ramai berusia 60 tahun ke atas yang tiada janji temu, diminta tidak hadir di PPV sehingga maklumat lanjut diumum dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan.

CITF merujuk pengumuman Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba pada sidang akhbar di sini petang semalam yang memaklumkan mengenai inisiatif baharu itu untuk warga emas.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah hadir tanpa janji temu untuk golongan itu akan dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diperluaskan pula ke seluruh negara.

Langkah tersebut ujarnya, ekoran ramai kalangan penduduk berumur lebih 60 tahun yang masih lagi belum divaksin disebabkan belum daftar selain ada tidak tahu cara untuk mendaftar.

Mengulas lanjut, CITF menjelaskan bahawa perancangan susunan waktu yang bersesuaian sedang dirancang untuk warga emas datang bersama pengiring mereka tanpa ada janji temu.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )