Menteri cemerlang, mana pergi pentadbir dan agensi terlibat?

Menteri cemerlang, mana pergi pentadbir dan agensi terlibat?

Prestasi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendapat perhatian ramai pihak apabila dilihat banyak turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Tindakan pantas Setiausaha Agung DAP itu dalam memastikan sistem pengangkutan di negara ini berjalan dengan lancar wajar diberi pujian.

Namun begitu, seorang bekas pengamal media yang dikenali sebagai Hazri (@hazrey) menyoal, ke mana perginya mereka yang lebih bertanggungjawab mengenai hal ini seperti mereka dari tahap pentadbir, agensi dan sebagainya.

Menurutnya, mereka yang terbabit tidak seharusnya menunggu perintah atau perhatian daripada Menteri untuk bertindak bagi menangani masalah yang dihadapi rakyat.

Saban hari, ada sahaja kegusaran masyarakat yang diluahkan sama ada di media sosial ataupun di kaca televisyen, namun ianya hanya dipandang sepi psehingga mendapat perhatian ahli politik atau Menteri.

Hal ini amat mengecewakan kerana dengan gaji yang diperolehi, pentadbir seharusnya menjalankan amanah dan kewajipan untuk memperbaiki sebarang kerosakan dan kelemahan jabatan pimpinan mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia turut bersetuju dengan pandangan Hazri dan menuntut agar pemimpin yang dipilih perlulah datang daripada mereka yang menjalankan kerja dengan baik.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )