Menteri Agama kena ‘laser’ dengan Hanipa

Menteri Agama kena ‘laser’ dengan Hanipa

Kalau nak berbuat sesuatu, tengoklah kiri kanan. Bak kata orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Takut nanti terkantoi, memalukan diri sendiri. Lagi pedih, bila kena ‘laser’.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin ‘melaser’ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang memperlihatkan dirinya sedang menyusun tuala wanita di Kedai Rakyat MAIWP.

Kononnya Kedai Rakyat MAIWP itu dibuka bagi menjayakan kempen memberi tuala wanita percuma kepada kelompok miskin bandar.

Hanipa berkata, adalah lebih baik sekiranya Zulkifli membiarkan pekerja di kedai berkenaan untuk menyusunnya dan tidak perlu bertindak seperti ‘selebriti Yb’ atau model iklan.

“Tak perlulah berfoto sakan pi susun tuala wanita atau pergi rumah artis sakan. Bagilah pekerja di pusat beli belah tu pi susun,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Hanipa lagi, Zulkifli sewajarnya mengagihkan tanggungjawab itu kepada mana-mana persatuan wanita di masjid-masjid, rumah-rumah ibadat agama lain, atau di mana-mana persatuan ibu tunggal di Wilayah Persekutuan.

“Bagilah mereka sedikit wang saguhati selepas itu. Yang bapak Menteri yang berjubah dan berkopiah pi berfoto sakan susun tuala wanita tu apa hal? Ini skop kerja baharu Menteri Agama ke?,” soalnya.

Terdahulu, menerusi gambar yang disiarkan sebuah portal berita, Zulkifli dilihat sedang menyusun tuala wanita di sebuah rak kedai. Kelakar!!

Ini ke skop kerja Menteri Agama di Malaysia??? Sajat hilang entah ke mana, LGBTQ berleluasa di Tik Tok, isu murtad, isu bunuh diri menjadi-jadi, tapi Menteri sibuk berfoto tengah susun tuala wanita. Hebat Malaysia!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )