Melaka bergelora lagi dek sang gila kuasa

Melaka bergelora lagi dek sang gila kuasa

Ya betul!! Melaka sedang bergelora dek kerana Ketua Menterinya, Sulaiman Md Ali dikatakan sedang dipaksa untuk meletak jawatan kerana ada pemimpin lain yang sedang berangan mahukan jawatan tersebut.

Adakah anda masih ingat? Walaupun Barisan Nasional (BN) menang cemerlang melebihi dua pertiga dalam PRN Melaka pada November lalu, tetapi majlis angkat sumpah Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka diadakan pada jam 2 pagi.

Ketika itu, Ab Rauf Yusoh yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, tidak hadir dalam majlis angkat sumpah berkenaan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Rospandi Leman berkata, beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat pengundurannya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan secara terbuka siapa dalang yang dimaksudkannya itu.

Beberapa Ketua UMNO Bahagian yang lain pula berkata, mereka tetap berpegang kepada janji dan persetujuan sebelum ini bahawa Sulaiman akan memegang jawatan Ketua Menteri sehingga habis penggalnya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ali Mohamad berkata, lima Ketua UMNO Bahagian di negeri itu sebulat suara mempertahankan Sulaiman sebagai Ketua Menteri sehingga habis penggal sebagaimana dijanjikan dalam manifesto PRN Melaka.

Apa sebenarnya masalah di Melaka itu? Tak habis-habis dengan isu gila kuasa puak-puak UMNO/BN. Membosankan!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )