MCA samakan karikatur Komunis dengan Tunku Abdul Rahman

MCA samakan karikatur Komunis dengan Tunku Abdul Rahman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas pelbagai gambar dan cawan yang mempamerkan karikatur wajah pemimpin komunis China, Mao Tse-tung di sebuah restoran dua tingkat dekat Jalan Icon City, Juru, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata siasatan mendapati restoran berkenaan menjalankan perniagaan menjual masakan Cina dan menghias dinding restoran mereka dengan karya lukisan semasa era revolusi kebudayaan China

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat gambar tampalan hiasan karikatur yang terpapar wajah Ketua Revolusi Komunis China, Mao Tse-tung dalam premis itu.

“Hiasan itu jelas menyalahi undang-undang lalu polis membuat rampasan dengan menanggalkan semua gambar-gambar berkenaan termasuk cawan yang turut memaparkan wajah pemimpin komunis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 44 Akta Pertubuhan 1966.

Tahniah kepada PDRM kerana bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mempamerkan elemen yang menafsirkan kepada Anarki dan Ideologi Komunisme.

Perbuatan pemilik restoran itu merupakan satu perkara yang berat. Sememangnya tugas PDRM, yang selayaknya mengendalikan sekatan terhadap penyebaran mana-mana ideologi songsang dan terorisme dengan sebaik-baiknya.

Naib Presiden MCA Tan Teik Cheng dipetik sebagai berkata, gambar pada kertas hias dinding di restoran itu hanya hiasan dan menyifatkan tindakan polis terlalu keras dan “sensitif”.

Ketua biro MCA mengenai hubungan China itu berpendapat bahawa perkara tersebut tidak perlu ditangani polis dan ia boleh merosakkan hubungan dengan kerajaan China.

Teik Cheng dilaporkan menyamakan kertas hias dinding karikatur Mao di restoran tersebut dengan orang Malaysia yang memasang gambar Tunku Abdul Rahman ketika membuka restoran di luar negara.

Nampaknya MCA sudah seperti cacing yang naik ke mata. Mereka sedang mengarahkan agar PDRM mengikut kehendak dan pandangan parti itu. Sedangkan MCA cuma ada 2 kerusi Parlimen.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )