MCA dan MIC mulut lancang, tapi tak sedar diri dia pun kalah teruk

MCA dan MIC mulut lancang, tapi tak sedar diri dia pun kalah teruk

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyarankan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri bersama memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sekali gus meletakkan jawatan.

Katanya, adalah tidak wajar hanya meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Pengerusi BN, selain berterusan mendesaknya untuk meletak jawatan.

“Seeloknya semua Pengerusi UMNO dan BN negeri umumkan letak jawatan dan bukan hanya desak Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN saja yang berundur.

“Begitu juga Presiden MCA dan MIC yang cukup lancang mulut mereka minta Ahmad Zahid lepaskan kerusi Pengerusi BN kerana dituduh gagal dan jadi punca kekalahan teruk BN pada PRU15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Saya nak tanya Presiden MCA (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong) dalam 40 kerusi yang diberikan kepada mereka pada PRU15, berapa puluh kerusi yang mereka menang. 10, 20, 30 kerusi. Yiiilekkkk, kamu hanya menang dua kerusi saja, itupun kerusi majoriti Melayu.

“MIC pula diberi 10 kerusi tapi cuma menang satu kerusi saja. Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran pula kalah teruk. Itu pun nak berkokok mengalahkan ayam sabung. Masih tak sedar diri dan ada hati nak suruh orang lain berundur,” tempelaknya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )