MB nafi balak punca banjir teruk di Kelantan

MB nafi balak punca banjir teruk di Kelantan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan hujan lebat dan angin kuat berterusan melanda negeri Pantai Timur semenanjung dijangka berlaku sehingga Selasa minggu depan.

Sementara itu, pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT) ANIH Berhad menerusi laman Twitter memaklumkan laluan KM113 dan KM115 di Lanchang masih ditutup di kedua-dua hala susulan kenaikan air.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di lima jajahan negeri itu menunjukkan peningkatan ketara apabila 4,829 mangsa ditempatkan di 64 PPS, berbanding 2,142 mangsa petang semalam.

Sementara itu, menurut infobanjir.water.gov.my, enam batang sungai di negeri itu merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah.

Tetapi fakta menarik yang ingin kami kongsikan bersama dengan para penonton adalah kenyataan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan. Kerajaan Kelantan menjelaskan pembalakan mahupun penerokaan hutan bukan menjadi punca utama berlakunya banjir gelombang ketiga di negeri berkenaan.

Datuk Ahmad Yakob berkata, sebaliknya banjir yang melanda negeri ini disebabkan taburan hujan lebat berikutan monsun timur laut.

“Negeri lain pun serupa juga, Pahang pun banjir, Johor pun banjir dan Terengganu pun banjir, sekarang banjir singgah di Kelantan.

“(Di Kelantan) memang hujan lebat, sebab itu banjir. Nak kata tak buat kerja semua buat kerja, semua negeri buat kerja sebab nak dapatkan hasil. Hasil pun

Ahmad meminta semua pihak tertentu tidak menuding jari menyalahkan kerajaan Kelantan dengan mengaitkannya dengan isu penerokaan hutan.

Pada hujung tahun 2014, Malaysia mengalami bencana banjir besar yang dahsyat. Di Kelantan sahaja, pada 29 Disember tahun tersebut, mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan adalah seramai 151,072 orang.

Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa banjir yang melanda ketika itu adalah kerana bala tidak melaksanakan hukum Hudud. Itu amaran daripada langit. Peringatan daripada Allah.

Sekarang, apabila mereka berada dalam kerajaan persekutuan, keluar pula kenyataan bahawa banjir ini adalah ujian untuk orang yang beriman. Habis dikaitkan dengan semua negeri lain dan yang paling menarik, apa yang disuarakan oleh Menteri Besar Kelantan ialah banjir berlaku kerana hujan lebat berterusan.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )