MB gemar cetus kontoversi, Sanusi perlu terus ditegur

MB gemar cetus kontoversi, Sanusi perlu terus ditegur

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mewakili Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkata, beliau tidak akan berputus asa menegur Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang gemar mencetuskan kontroversi.

“Kita memang akan menegur Menteri Besar Kedah kerana ia merupakan tanggungjawab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari semasa ke semasa.

“Insya-ALLAH, langkah menegur Menteri Besar Kedah tidak pernah berhenti sehingga sekarang memandangkan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan beliau melambangkan Kedah dan kerajaan,” katanya.

Ia susulan tindakan Muhammad Sanusi berulang kali mengusik pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi media sosial selepas perlawanan antara pasukan JDT dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman.

Beliau berpendapat, Muhammad Sanusi perlu diberi teguran berterusan sekiranya kenyataan yang dibuat mampu memberi kesan negatif kepada negeri terutama Pulau Pinang.

Phahrolrazi menjelaskan, beliau telah beberapa kali memberi teguran kepada Muhammad Sanusi tentang cara ADUN Jeneri itu mengeluarkan kenyataan, cara dan sikap yang dikhuatiri melebihi had yang sepatutnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )