Mat Sabu dan Guan Eng dititah menghadap YDPA

Mat Sabu dan Guan Eng dititah menghadap YDPA

Presiden Parti Amanah Negara, YB Haji Mohamad Bin Sabu dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), YB Lim Guan Eng telah dititah untuk menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.

YB Lim Guan Eng dijadualkan menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Rabu, 14 Oktober 2020, manakala YB Mohamad bin Sabu pula dijadualkan pada hari Rabu, 21 Oktober 2020.

Namun, Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kedua figura itu bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.

Sehubungan itu, dalam kenyataan media secara bersama, YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.

Editor (Jom Channel.Net)

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )