MAS dibiarkan terkubur, ECO World diselamatkan Zafrul

MAS dibiarkan terkubur, ECO World diselamatkan Zafrul

Apa terjadi setelah UEM Sunrise bergabung dengan ECO World?

Menurut laporan, dengan penggabungan ini, Khazanah hanya akan memiliki 43%, yang bermaksud, ia hilang kawalan terhadap UEM Sunrise. Pegangan Tabung Haji juga akan turun kepada 4% daripada 7%.

Sedangkan sebelum ini, Khazanah mempunyai pegangan 66% dalam UEM Sunrise Bhd, Tabung Haji (menerusi Urusharta Jamaah, 7%, dan Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) kira-kira 5%.

Tahukah anda? Eco World merupakan milik Tan Sri Liew Kee Sin dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, sebuah syarikat swasta yang diberitakan sedang menanggung hutang yang tinggi.

Dikhabarkan saham ECO World sudah merudum sejak lima tahun yang lalu. Pada 9 Oktober lalu, nilainya hanya 40 sen sahaja.

Tindakan Ketua Pegawai eksekutif UEM Sunrise Bhd , Anwar Syahrin Abdul Ajib, meletak jawatan selepas Sunrise Group Bhd menerima cadangan penggabungan dengan ECO World turut menimbulkan persoalan.

UMNO sejak dahulu mendabik dada sebagai pejuang pembela hak Melayu yang tidak ada tolak bandingnya. PAS yang bersekongkol dengan BERSATU dan UMNO pula mendakwa sebuah parti Islam yang membela umat Islam.

Siapakah lagi Ahli Lembaga Pengarah Khazanah di kalangan ahli politik? Siapa lagi kalau bukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Azmin Ali, dan Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz.

Kononnya mereka melakukan Langkah Sheraton untuk menyelamatkan negara. Rupanya mereka menyelamatkan ECO World, sebuah syarikat swasta, milik bilionaire.

Cadangan yang sama pernah ditolak oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN. Tentu PAS tidak tahu usaha PAKATAN HARAPAN dalam perkara ini.

PAS ketika itu sibuk berwirid supaya rakyat membenci Cina, Islam terancam, ekonomi merudum dan sebagainya.

Adakah rakyat akan untung dengan penggabungan ini?

Pemimpin PERIKATAN NASIONAL yang enggan menolong Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan menuduh Tabung Haji menjual aset kepada bukan Islam, sila jelaskan isu ini dengan jujur, telus dan bertanggungjawab.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )