Martabatkan negara di mata dunia: Premier Sarawak yakin dengan Anwar

Martabatkan negara di mata dunia: Premier Sarawak yakin dengan Anwar

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg yakin pengalaman luas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mampu mentadbir Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan martabat Malaysia di mata dunia.

Beliau berkata, dengan latar belakang politik yang disegani, Anwar, berkeupayaan menjadi Perdana Menteri yang akan meletakkan Malaysia sebagai negara tersohor dan dihormati.

“Kita lihat penggal yang lepas, politik negara kita tidak aman dan kita terpaksa mencari jalan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia.

“Sebab itu selepas pilihan raya yang lalu dan tercetus keadaan politik yang tidak menentu kita bersetuju untuk membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvenysen Borneo Kuching (BCCK); bagi meraikan lawatan rasmi pertama Anwar ke Sarawak sebagai Perdana Menteri.

Abang Johari turut menyifatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan langkah tepat bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

“Ini asas untuk kita bersama-sama bekerja membangunkan negara dalam keadaan yang stabil.

“Kami dalam GPS akan sentiasa berada di belakang Perdana Menteri untuk memastikan kestabilan berterusan,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )