Mana perikemanusiaan Zahid?

Mana perikemanusiaan Zahid?

“Zahid Hamidi perlu malu dengan diri sendiri dan muhasabah. Jangan terlalu kemaruk sehingga sanggup memperjudikan keselamatan dan kebajikan rakyat ketika bencana.”

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman kesal dengan kenyataan Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti tersebut sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini.

Young Syefura berkata, ia menunjukkan betapa kemaruknya Ahmad Zahid dan BN terhadap kuasa sehingga tidak kisah dan peduli mengenai kesusahan rakyat sewaktu bencana banjir.

“Mana perikemanusiaan beliau ketika mengeluarkan kata-kata ini? Bencana banjir bukan benda yang boleh dipandang ringan.

“Rakyat kehilangan harta benda dan orang tersayang akibat bencana banjir. Amat kejam apabila seorang Presiden parti dan juga ahli Parlimen yang sudah berpenggal-penggal menjadi wakil rakyat mengeluarkan kenyataan sebegini,” katanya.

Tambah Young Syefura, bahkan ada penduduk yang masih belum mampu hidup seperti dahulu lagi.

“Sepatutnya beliau perlu mendesak Menteri-menteri BN untuk membuat persiapan rapi menghadapi banjir agar rakyat tidak terkesan dengan lebih teruk seperti tahun lepas,” kata beliau.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )