Malapetaka Malaysia: Hutang 1MDB RM51 billion dijangka selesai pada 2039

Malapetaka Malaysia: Hutang 1MDB RM51 billion dijangka selesai pada 2039

Pihak berkuasa Malaysia dan Amerika Syarikat menganggarkan US$4.5 bilion (kira-kira RM18.7 bilion) dicuri dari 1MDB dalam skema terperinci di merata dunia dan melibatkan pegawai tinggi 1MDB, bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak, eksekutif di bank Amerika Syarikat Goldman Sachs dan lain-lain.

Masihkah Tuan-Tuan ingat, Najib Razak berkata di Dewan Rakyat pada 30 Mac 2017, bahawa 1MDB tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang dipetik Bernama, 1MDB telah menyelesaikan sepenuhnya kesemua hutang pada 2015 dan 2016.

Jawapan bertulis itu sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bilangan pekerja, wang tunai, hutang dan aset diperoleh 1MDB di dalam dan luar negara pada tahun 2015 dan 2016.

Selain itu, tiada sebarang aset baharu di dalam atau di luar negara yang diperoleh 1MDB pada 2015 dan 2016, seiring dengan Pelan Rasionalisasi 1MDB yang sedang dilaksanakan oleh syarikat itu, menurut Bernama.

Semua penipuan itu terbongkar setelah UMNO/BARISAN NASIONAL kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. Malangnya kini regim dahulu kembali menjadi Kerajaan menerusi TEBUK ATAP yang dikongsi oleh PAS dan BERSATU.

Untuk rekod, semasa membentangkan Belanjawan 2020, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, sejumlah RM2.7 bilion telah disediakan bagi tahun 2020 semata-mata untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

Sebanyak RM2.4 bilion perlu dibayar untuk tahun ini.

Menurut Guan Eng, Kerajaan telah membuat pembayaran balik hutang sebanyak RM8.8 bilion bagi pihak 1MDB dan SRC untuk tahun 2017 (RM6.7 bilion) dan 2018 (RM2.1 bilion). Ini bermakna RM13.9 bilion perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk 1MDB dan SRC.

Pembayaran balik hutang-hutang 1MDB dan SRC telah disembunyikan oleh kerajaan terdahulu dan hanya terbongkar selepas Kerajaan Persekutuan bertukar pada 9 Mei 2018.

Jumlah hutang tersebut adalah sebanyak RM51 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039.

Kerajaan PERIKATAN NASIONAL dengan gembira merampas kuasa seolah-olah tidak takut dosa dan tanpa ada sedikit pun rasa kesal. Malah sekarang ini UMNO yang kalah dalam PRU 14 kembali memerintah negara. Dalang segala bencana dan malapoetaka ini, Najib Razak bebas ke sana sini.

Inilah Malaysia, sangat ajaib!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

 

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )