Makan gaji kerajaan, naik kereta rasmi, mimpi lain-lain

Makan gaji kerajaan, naik kereta rasmi, mimpi lain-lain

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii berkata, data menunjukkan selepas enam bulan pelaksanaan perintah darurat, kerajaan gagal menjaga nyawa dan keselamatan rakyat.

Katanya, pemimpin Umno yang mengkritik kerajaan tidak patut dipersalahkan. Ini disebabkan mereka gagal berfungsi dengan baik dalam menjaga kebajikan dan nyawa rakyat dalam mendepani penularan wabak Covid-19.

Walaupun mempunyai wakil dalam kerajaan beliau berkata, pemimpin Umno mengkritik Putrajaya kerana ingin membetulkan kelemahan demi kebaikan rakyat, bukannya untuk berpolitik.

“Jadi, perkara ini kita tak boleh tutup, apabila kita (pemimpin Umno) menegur, itu bukan bermaksud kita bermain politik, menegur adalah untuk kebaikan Perdana Menteri dengan terbuka menerima dan membetulkan kesilapan,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian selepas pemimpin Bersatu, Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak dapat menubuhkan Majlis Presiden kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menyokongnya.

“Macam mana mahu tubuhkan Majlis Presiden sedangkan Umno dan BN tidak menyokong PN? Ini kerajaan yang dipimpin oleh PN, tapi orang Umno duduk makan gaji dalam kerajaan, naik kereta rasmi kerajaan, tetapi mimpi lain-lain,” kata bekas Menteri Luar itu semalam.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )