Mahukan ‘badan’ tanpa ‘kepala’, jangan ulang sejarah

Mahukan ‘badan’ tanpa ‘kepala’, jangan ulang sejarah

Bekas Ahli Jawatankuasa PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, kesilapan yang berlaku dalam pengurusan Muafakat Nasional (MN) perlu diperbetulkan sekiranya mahu gagasan kerjasama antara PAS dan UMNO diteruskan.

Katanya, antara kesilapan yang dilakukan ialah apabila ada pihak mengetepikan pimpinan utama parti seolah-olah mahukan ‘badan’ sahaja tanpa ‘kepala’.

“Ibarat hanya diinginkan badan tanpa kepala. Inilah kesilapan dalam pengurusan MN sebelum ini. Ada pihak yang mahukan ‘badan’ sahaja tanpa ‘kepalanya’,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu, beliau turut menambah, antara syarat penting dalam perundingan kedua parti ialah tidak mencampuri urusan dalaman setiap parti.

“Biarkan masing-masing menguruskan parti mereka sendiri. Jangan diulangi kesilapan tahun 1978 apabila ada parti mencampuri urusan pemilihan parti yang menjadi rakan kerjasama menyebabkan ikatan kerjasama terburai.

“Sejarah pahit tidak wajar diulangi,” katanya.

Jelas Mohd Khairuddin, kerjasama kedua parti itu masih mempunyai jalan untuk diselamatkan dengan syarat beberapa kesilapan perlu diperbetulkan dan sebarang keputusan perlu diputuskan secara bersama dan rasmi oleh kedua-dua pimpinan parti.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )