Mahiaddin tidak sepatutnya jumpa DAP

Mahiaddin tidak sepatutnya jumpa DAP

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan, tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP merupakan satu faktor berlakunya ketidakstabilan politik dalam negara.

“Muhyiddin tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan DAP kerana BERSATU pada masa ini bersama Barisan Nasional (BN), PAS dan beberapa parti lain berada dalam kerajaan yang memerintah sekarang.

“Macam mana kerajaan hendak stabil jika ada pemimpin daripada parti yang bersama-sama membentuk kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembangkang seperti DAP.

“Disebabkan ketidakstabilan ini, eloklah PRU15 disegerakan. Namun, jika ditanya bila sepatutnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan, saya berpendapat eloklah pada tahun ini juga,” katanya.

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, kerajaan Tebuk Atap 2.0 itu menambah, kononnya PRU15 perlu dipercepatkan demi menstabilkan kerajaan.

Walaupun semua rakyat tahu, bahawa yang menjahanamkan kestabilan itu, adalah yang tidur sebantal dengannya.

Tegasnya, cadangan itu juga tiada kena mengena dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin tertentu.

Persoalannya, mengapa terlalu kelihatan ‘membela’ Barisan Nasional dan kluster mahkamah itu, kalau betul ikhlas untuk stabilkan negara?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )