Mahiaddin cuba sabotaj kerajaan, perlu cermin diri – Zahid

Mahiaddin cuba sabotaj kerajaan, perlu cermin diri – Zahid

Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan Presiden BERSATU, Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin, menyerang Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di media sosial bukan sahaja membuktikan ketidakstabilan, malah berbaur sabotaj terhadap kerajaan campuran Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu seharusnya sedar kenyataan negatifnya akan memberi kesan terhadap prestasi kerajaan di mata dunia.

Tegasnya, bagaimana pelabur asing boleh meyakini Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan apabila Mahiaddin menyatakan perkara buruk mengenai kerajaannya sendiri.

“Pengerusi PN (Perikatan Nasional) seharusnya ‘cermin diri’ apabila menggambarkan Perdana Menteri sedia ada sebagai gagal, sedangkan negara berdepan kegagalan teruk ketika beliau menjadi Perdana Menteri pada waktu itu.

Mahiaddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh sebelum ini secara terbuka membidas kepemimpinan Ismail Sabri, yang dilihatnya tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting.

Ahmad Zahid berkata, ketidakstabilan yang dibuktikan dengan serangan Muhyiddin terhadap Perdana Menteri menyulitkan kerajaan untuk berfungsi.

“Ironinya, Pengerusi MPN merangkap Pengerusi PN juga sebahagian anggota kabinet kerajaan PH ketika itu.

“Apakah individu yang pernah gagal berkali-kali layak menuduh individu lain sebagai gagal juga?,” soalnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )