Mahfuz cabar Mahiaddin kemuka usul percaya

Mahfuz cabar Mahiaddin kemuka usul percaya

Naib Presiden AMANAH Negara, Datuk Seri Mahfuz Omar mencabar Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya sendiri di Dewan Rakyat jika yakin beliau memilikinya.

Beliau mencadangkan agar Mahiaddin mewakilkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk membawa usul berkenaan.

Dengan itu katanya, blok pembangkang tidak perlu membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tebuk Atap itu.

Mahiaddin hanya perlu membawa undi percaya kepada dia. Dia boleh mewakilkan kepada Menteri Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen, Takiyuddin untuk membolehkannya membawa satu usul percaya terhadap Perdana Menteri untuk kita lihat Perdana Menteri mempunyai bilangan mencukupi ataupun tidak.

“Usul percaya pun dia tak boleh bawa, maknanya dia sendiri tak percaya yang dia mempunyai kepercayaan Ahli-ahli Parlimen dalam menyokong beliau untuk terus melayakkan dan mengekalkan diri sebagai PM.

“Inilah sejarah politik negara kita yang mempunyai seorang PM yang percaya bahawa dia tidak ada kepercayaan daripada Ahli-ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )