MAGERAN tidak relevan

MAGERAN tidak relevan

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berpendapat bahawa Penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa sekarang tidak memberi kesan terbaik untuk memacu pentadbiran kerajaan PN melawan Covid-19.

Malah katanya, ia akan mencetuskan polemik terutamanya melibatkan persepsi politik dan ekonomi negara di mata luar bahkan menghakis keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.

Sehubungan itu, beliau berpandangan, adalah tidak wajar mewujudkan Mageran yang mana isu kesihatan global kini ditadbir berdasarkan piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bukan melibatkan hanya negara kita semata-mata.

“Apa yang penting ialah kesediaan kerajaan mengumpulkan pandangan daripada semua pihak, mencari jalan penyelesaian yang berkesan bagi melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

“Di samping itu, perlu merancang serta melaksanakan strategi vaksinasi secara menyeluruh dan pantas dalam kalangan rakyat di negara ini supaya pengawalan jangkitan dapat dibuat dengan sistematik,” katanya.

Beliau menambah, dengan mendirikan mekanisme mengurus dan melaksanakan pandemik Covid-19 sebagaimana telah dilakukan negara-negara luar yang terbukti perancangan strategik berfokus dapat menyelesaikan masalah Covid-19 di negara mereka.

Untuk rekod, Dr Mahathir telah mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Mageran yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )