Macau Scam: RM4 juta sebulan untuk pihak berkuasa, rakyat bukan bodoh!!

Macau Scam: RM4 juta sebulan untuk pihak berkuasa, rakyat bukan bodoh!!

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan penahanan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM100,000, berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan dua pegawai kanan daripada JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haram membabitkan selebriti tanah air.

Namun beberapa hari kemudian rakyat sekali lagi dikejutkan dengan berita bahawa suspek utama bergelar Datuk Seri yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram itu melarikan diri sebaik dibebaskan SPRM.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

Beliau mempersoal sama ada prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak?

“Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini diambil perhatian dan jaminan tidak lagi berlaku pada masa akan datang?

“Kita letak kepercayaan kepada penguatkuasa, tapi jika berlaku yang tidak betul, susahlah, apatah lagi individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

Nadzim berkata, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin juga perlu memberi perhatian kepada perkara itu kerana ia boleh menjejaskan imej badan penguatkuasa yang diberi amanah besar.

“Bagaimana suspek boleh memanjat pagar dan mampu mengatur rancangan meIoloskan diri selepas dibebaskan SPRM untuk proses reman PDRM?

“Kita berdepan kes penipuan ratusan juta ringgit duit rakyat Malaysia dengan pembabitan pegawai tinggi pihak berkuasa. Saya harap ada penjelasan berhubung isu ini,” katanya.

Suspek utama itu dikatakan berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya sebelum meIarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, lelaki itu bersama tiga lagi suspek yang juga dalang utama kes penipuan Macau Scam dan dua pegawai polis dalam proses diserah kepada PDRM untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Kini media sosial dipenuhi pelbagai parodi, kartun dan kata-kata sindiran terhadap pihak yang berkuasa.

Malah timbul berita kononnya dalang Macau Scam ini menyediakan RM4 juta setiap bulan kepada pihak yang berkuasa untuk melindungi jenayah mereka.

Hamzah Zainuddin, jangan hanya tahu berpolitik, rakyat bukan bodoh!!

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )