MA63: Serahkan sepenuhnya kepada Sabah untuk buat tuntutan

MA63: Serahkan sepenuhnya kepada Sabah untuk buat tuntutan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sabah untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan dengan Perjanjian Malaysia (MA63).

Ditanya mengenai perkembangan rombongannya bagi meneliti dokumen sejarah yang boleh mengesahkan semula kesahihan tuntutan MA63 di Arkib Negara di London pada 19 Jun lalu, beliau berkata, ia perjalanan yang membuahkan hasil.

“Kita juga mempunyai sesi perbincangan di sana. Malah, ada beberapa orang pemimpin Sarawak juga berada di sana. Kita tidak perlu duduk dan membuat analisa apa yang perlu diambil atau digunakan oleh kerajaan Sabah untuk membuat apa-apa tuntutan yang berkenaan.

“Buat masa ini, kita fokus kepada isu (berkenaan MA63) kewangan, konsensus, sempadan wilayah dan sebagainya tetapi akhirnya ia terpulang kepada kerajaan negeri untuk membawanya secara lebih terperinci,” katanya.

Mengulas lanjut, Maximus berkata, kerajaan Persekutuan akan menyediakan jalan dan ruang untuk kerajaan negeri bagi sebarang tuntutan spesifik.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )