MA63 dan status Sabah, Sarawak perlu dirujuk Raja-raja Melayu

MA63 dan status Sabah, Sarawak perlu dirujuk Raja-raja Melayu

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah akan dirujuk kepada Raja-raja Melayu sebelum perkara itu dibawa kepada pertimbangan Kabinet.

Anwar bagaimanapun memberi jaminan Kerajaan Perpaduan telah mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah.

“Prinsip MA63, iaitu termeterai semasa penubuhan Malaysia (terdiri daripada) Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah teknikal tentang kedudukan negeri dan wilayah.

“Dari segi pelaksanaan jelas tiga entiti, sama ada disebut negeri atau wilayah tidak merubah sikap kerajaan dan pendirian kita bahawa entitinya Sabah, Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu.

“Tapi pindaan mana-mana istilah ini harus dirujuk kepada Raja-Raja Melayu,” katanya.

Anwar berkata proses itu boleh dijalankan, namun dia enggan menyentuh mengenainya kerana ia tidak menjejaskan kedudukan status negeri dalam konteks Perlembagaan Persekutuan yang sudah dipinda.

“Saya belum rujuk kepada Raja-Raja Melayu, hanya perbincangan awal dengan Agong. Jadi proses itu harus dihormati,” tambah Anwar.

Awal minggu ini, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg dilapor berkata perubahan status kedua-dua negeri itu sebagai wilayah masih di peringkat cadangan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )