Lompat parti, bukti demokrasi di landasan terburuk

Lompat parti, bukti demokrasi di landasan terburuk

Bilangan ahli Parlimen Malaysia melompat parti selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang mencecah 39 orang adalah isyarat jelas bahawa amalan demokrasi negara kini tidak sihat dan membimbangkan.Malaysia sedang dirogol dan diperkosa.

Senarai kedudukan terkini ahli Parlimen Malaysia disediakan laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah ahli Parlimen yang melompat parti lebih 17.56 peratus daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.

Penentuan ahli-ahli Parlimen yang dianggap melompat parti pula adalah berdasarkan tiga kriteria utama iaitu keluar untuk menyertai parti lain, keluar bagi menjadi ahli Parlimen bebas serta bertindak menyokong blok berlawanan sebelum dipecat parti sendiri.

Angka tersebut dipercayai yang teramai dalam sejarah rekod ahli Parlimen lompat parti sejak lebih 60 tahun lalu.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, berdasarkan perbandingan dengan negara-negara jiran di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggap sebagai negara berdepan masalah paling ramai ahli Parlimen lompat parti.

Jelas beliau, senario itu menunjukkan amalan demokrasi negara berada di landasan terburuk dengan Malaysia kini terletak pada titik terendah dalam aspek menyuburkan sistem demokrasi berparlimen.

Katanya Pelaksanaan Akta Anti Lompat Parti perlu dipandang serius semua pihak kerana secara praktikalnya, di negara ini pengundi lebih cenderung memilih parti yang bertanding dalam sesebuah pilihan raya berbanding calon diketengahkan.

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )