LCS: Penyelewengan, penipuan, salah urus dan membuta tuli babit Pegawai Kanan

LCS: Penyelewengan, penipuan, salah urus dan membuta tuli babit Pegawai Kanan

Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan bekas Timbalannya, Liew Chin Tong hari ini, mendedahkan sebahagian kandungan? didakwa ada dimasukkan dalam laporan forensik audit membabitkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) berkaitan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) tetapi laporan itu belum didedahkan kepada umum.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka menjelaskan pengauditan forensik BNS dimulakan pada 2019 seperti diarahkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan laporannya disiapkan pada Julai 2020, selepas tumbangnya kerajaan PH.

Tambahnya, atas sebab yang tidak diketahui, pengurusan Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) memilih untuk melakukan pengauditan forensik bagi 2010 ke 2014 saja.

“Bagaimanapun, dapatan pengauditan forensik ini juga amat mengejutkan. Melihat kelambatan dalam proses nyahklasifikasi laporan penuh pengauditan forensik, kami di sini sertakan Laporan Prosiding (Hansard) Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bertarikh 8 Mac 2022 yang memberi butiran hasil pengauditan walaupun laporan penuh tidak dilampirkan,” katanya.

Dalam laporan prosiding PAC itu, mereka mendakwa, semakan dan analisis dokumen dan sejarah urus niaga menunjukkan penyelewengan, penipuan dan salah urus yang juga membabitkan Pegawai Kanan yang mengikut arahan secara membuta tuli dan tidak menaikkan ‘red flags’ dalam perolehan itu.

“Pelanggaran tanggungjawab fidusiari amat jelas di situasi ini dan adalah satu jenayah pecah amanah. Salah laku ini tidak akan terbongkar tanpa siasatan diarahkan kerajaan PH,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )