Layanan terhadap calon guru CoS 2021 tidak adil

Layanan terhadap calon guru CoS 2021 tidak adil

“Kenapa biar calon guru CoS 2021 bersidai sepi tanpa sebarang berita?”

Demikian persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang mendesak Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) menyegerakan pengumuman keputusan temuduga calon guru Contract of Service (CoS) 2021 yang telah dilakukan tahun lalu.

Jurucakap Pendidikan DAP itu berkata, pemohon Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP DG41) secara CoS yang berkelayakan telah ditemuduga pada 1 hingga 14 November 2021.

Menurutnya, calon guru terbabit masih tidak mendapat sebarang khabar berita sama ada berjaya atau sebaliknya walaupun hebahan keputusan temuduga itu patut dibuat pada 27 November 2021.

“Segala syarat telah mereka penuhi, namun khabar masih sirna. Kenapa pengumuman tidak dibuat seperti rancangan supaya calon-calon CoS 2021 boleh merancang dan meneruskan kehidupan masing-masing selepas keputusan bagi ambilan guru CoS 2021 dikeluarkan?

Adakah layanan sebegini adil dan wajar?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )