Larry Sng persoal keabsahan pembubaran jawatankuasa parti

Larry Sng persoal keabsahan pembubaran jawatankuasa parti

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng mempersoalkan keabsahan pembubaran jawatankuasa parti di beberapa negeri, seperti yang dilapor baru-baru ini.

Sng berkata dia tidak menerima sebarang notis pembubaran atau peletakan jawatan daripada jawatankuasa tersebut.

“Selain itu, kurangnya dokumentasi untuk mengesahkan berita tersebut. Pembubaran bukan bergantung kepada Negeri dan Bahagian.

“Pembubaran adalah prerogatif ibu pejabat parti,” katanya ketika dihubungi.

Dia mengulas laporan berhubung pembubaran PBM di Pahang, Selayang dan jawatankuasa negeri dan bahagian di Negeri Sembilan, dilaporkan ekoran hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Terbaharu, PBM Negeri Sembilan semalam mengumumkan pembubaran dan peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa Negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.

Pengerusinya Rosman Jonet berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri pada 20 Januari lalu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )