Lajunya JKR minta maaf, jaga periuk nasi ke?

Lajunya JKR minta maaf, jaga periuk nasi ke?

Menarik!! Selepas tular berita kemalangan yang melibatkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam, netizen mula membidas Jabatan Kerja Raya (JKR) yang jelas nampak sikap ‘double standard’.

Bukan main prihatin lagi JKR ya… alangkah bagusnya kalau setiap kali berlaku kemalangan atau aduan tertentu daripada rakyat marhein,JKR terus betindak cepat dan memohon maaf atas kelalaian mereka.

Khairy yang mengalami luka dan tidak serius selepas melanggar sebuah lubang di jalan raya,lantas JKR Kuala Langat terus tampil membuat permohononan maaf kerana insiden tersebut.

Permohonan maaf itu dilakukan di Twitter rasmi Ahli Parlimen Rembau selepas beberapa jam Khairy Jamaluddin berkongsi mengenai insiden tersebut di media sosialnya.

JKR Kuala Langat berkata, mereka akan mengambil tindakan terhadap isu tersebut dengan segera.

Tindakan JKR memohon maaf kepada menteri terbabit mengundang tanda Tanya di kalangan rakyat jelata mengapa harus berlaku ‘double standard’ ke atas kemalangan kecil yang melibatkan menteri ini?

Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuala Langat Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman berkata, JKR seharusnya bersikap adil untuk turut sama meminta maaf kepada pengguna jalan raya lain yang juga pernah teribat kemalangan malah ada yang meninggal dunia akibat kecuaian mereka.

*“Masih banyak ‘spot’ kerosakan di sekitar jalan seliaan mereka dan apakah rasa ingin meminta maaf hadir hanya ketika kemalangan melibatkan menteri sahaja?

*“Saya ingin menegaskan bahawa tidak perlu ada ‘double standard’ kepada mana-mana menteri yang terlibat kemalangan di jalan raya kerana mereka mendapat keistimewaan pengecualian cukai jalan.

*“Sebaliknya rakyat marhaen ini adalah pembayar cukai jalan setiap tahun dan berdiam diri bila kemalangan menimpa mereka

Harap selepas ini, JKR juga pantas meminta maaf kepada mereka. Kita juga meminta JKR cepat dan pantas mengatasi masalah jalan berlubang ini di seluruh negara.

Jangan bila hanya terkena kepada menteri dan orang-orang kenamaan, baru nak bertindak. Kalau terkena kepada rakyat biasa, JKR butakan mata n pekakkan telinga.

Apapun, teruskan membodek menteri, wahai pegawai JKR, DNA mengipas dan mengampu itu, sudah biasa didengar sebati di kalangan kalian. Rakyat tidak pernah merasa hairan.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )