KP Perkhidmatan Awam dituntut mohon maaf!!!

KP Perkhidmatan Awam dituntut mohon maaf!!!

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, menuntut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah memohon maaf atas tindakan yang didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Beliau turut meminta kerajaan campur tangan dalam isu KPPA mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang Pegawai Kanan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Adnan berkata, seorang Pegawai Tertinggi kerajaan sewajarnya menunjukkan teladan yang baik kepada Pegawai bawahan mereka, bukan sebaliknya.

“Adalah amat malang jika seseorang Pegawai Tertinggi dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf VVIP, sedangkan beliau harus menyantuni Pegawai kita dengan bijaksana dan memahami tugasan mereka di lapangan, bukannya memalukan Pegawai berkenaan di depan khalayak ramai seperti didakwa Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM).

Semalam, KPISM dalam satu kenyataan menyatakan rasa terkilan dengan tindakan KPPA yang didakwa menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Pegawai Imigresen terbabit.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )