Konsert di sebalik kupiah kini halal di Serambi Mekah??

Konsert di sebalik kupiah kini halal di Serambi Mekah??

Ingatkan ceramah agama, rupa-rupanya konsert Riuh Sokmo di Stadium Mini Ketereh 3 hari 3 malam sempena program Riuh Sokmo Kembara Kelantan 2022 yang berlangsung.

Dengan kehadiran anak muda lelaki perempuan terkinja-kinja sambil menyaksikan persembahan artis terkenal tanah air seperti Wings, Ramli Sarip, Kugiran Masdo, Faizal Tahir dan ramai lagi walaupun diasingkan bahagian lelaki dan perempuan.

Sekian lama Kelantan tidak dihidangkan dengan konsert seperti ini ramai yang mengecam tindakan kerajaan Kelantan yang cukup sinonim dengan kerajaan Islam PAS.

Tapi pelik bin ajaib bila para ulama dan asatizah serta Pak Lebai dan Mak Niqab diam membisu seribu bahasa. Di mana suara mereka??

Konsert itu katanya yang diadakan di Ketereh itu dianjurkan K-KOMM dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad (Celcom) turut dihadiri Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Admin rasa jugak nak tanya, bila pula konsert sebegitu mula difatwakan HALAL di negeri Kelantan yang kononnya berlabelkan Serambi Mekah, sedangkan panggung wayang pula melalak meraung tidak dibenarkan.

Jujur, Admin sendiri masih tertanya-tanya, illah hukum dalam Usul Fiqh kitab mana yang menghalalkan konsert terkinja-kinja seperti ini di Kelantan? Atau Nik Amar dah keluarkan ‘dalil baharu’?

Adakah kerana konsert ini di sebalik kopiah?? Atau sebab pemimpinnya dibungkam ketagihan kerjasama bersama UMNO/BN demi kuasa??

Nasib baik Pak Lebai dan Mak Niqab tak naik pentas sekali, kalau tidak… rasanya mahu bergegar Serambi Mekah.

Itulah, jangan suka sangat melalak menghukum orang tak pernah betul, akhirnya terbalik semuanya pada diri sendiri. Padan muka!!! Itulah wajah sebenar ulamak PAS. Itulah hakikatnya!!!

Rakyat nilailah sendiri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )