KOLUMNIS SAYUTI BASHIRON: Tokoh Ulama’ Sedunia Doakan Anwar Ibrahim Menerajui Malaysia

KOLUMNIS SAYUTI BASHIRON: Tokoh Ulama’ Sedunia Doakan Anwar Ibrahim Menerajui Malaysia

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera,

Mac 2014 hingga Mei 2015, sebanyak lebih 5 kali Tok Guru, Jamil Khir dan beberapa pemikir Umno/Pas bertemu secara rahsia dgn Najib atas alasan survival politik Melayu Islam yg dilaksanakan melalui agenda hudud (yg dijenamakan selepas itu sbg RUU355) oleh Pas.

Rentetan daripada bantahan ahli & AJK Pas sendirilah, satu peritiwa yg cukup bersejarah berlaku pada Sep 2014, iaitu Tok Guru sanggup memaki-hamun depan perwakilan di Muktamar Johor dgn istilah “barua broker & bodoh” – sebagai merujuk mereka yg cuba menggagalkan usaha kerjasama dgn Umno yg sedang beliau usahakan dalam diam itu.

Ketika kemelut itulah, segala berita tersebut sebenarnya sampai kepada Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Ittihad Ulamak / KUIS), Syeikh Prof. Dr Yusuf Qaradhawy yg menghubungi Anwar Ibrahim bertanyakan kedudukan perkara tersebut.

Syeikh juga berhubung dgn wakil Pas dalam KUIS iaitu alFadhil Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin tentang usaha yg dilakukan demi menyelamatkan kerjasama politik itu.

Asbab utama Qaradhawy menzahirkan kerisauan itu adalah kerana Syeikh sendiri terlibat dalam pembentukan kerjasama Pas/DAP/PKN pada tahun 1999 dahulu, iaitu melalui usaha alMarhum Fadzil Noor mengadakan pertemuan bersejarah 13 Ulamak Dunia bertemu rombongan Pas di Leicester (UK) untuk penubuhan Barisan Alternatif.

Qaradhawy begitu risau jika terjadinya kegagalan kedua – disebabkan sejarah kegagalan pertama telah berlaku sebaik Ustaz Fadzil meninggal dan kepimpinan diambil-alih oleh Tok Guru pada 2002. Semua akur perpecahan pertama itu berlaku disebabkan itu “Doktrin Hudud & Negara Islam” yg dibentangkan oleh Tok Guru sebaik kewafatan Ustaz Fadzil tersebut.

Maka untuk tujuan itu, dan juga sebaik mengetahui Anwar pula bakal dipenjarakan dalam masa terdekat, Qaradhawy bertindak menghantar wakil rasmi iaitu Syeikh Dr Ali Mahyuddin Qarrah Daghi, Setiausaha Kesatuan Ulamak SeDunia untuk bertemu sendiri Tok Guru dan juga Anwar bagi memperbaiki hubungan yg rosak disebabkan hudud itu.

Berlakulah perancangan khas di KL pada Dec 2014 untuk Syeikh QarrahDaghi bertemu Tok Guru demi membincangkan isu kerjasama politik itu.

Saya terlibat dalam urusan pertemuan itu selaku Setiausaha Lajnah Antarabangsa (Pemuda) bersama beberapa yang lain.

Tapi tanpa disangka, pertemuan yg sudah dirancang itu akhirnya terpaksa dibatalkan atas makluman oleh menantu Tok Guru yg menyebut “huwa fissafar” (Tok Guru dalam perjalanan ke tempat lain), dan pertemuan itu akhirnya gagal!

Saya, Dr Syed Azman, alFadzil Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Ustaz Ahmad Awang sungguh terkejut dgn alasan pembatalan itu. Kerana kami amat maklum sebenarnya Tok Guru bukannya bermusafir ke mana-mana pada hari itu. Sebaliknya Tok Guru berada di pejabat beliau di Jalan Raja Laut, tetapi tidak bersedia untuk bertemu Syeikh.

Saya yakin ada pihak yg berasa tidak selesa untuk wakil Qaradhwi bertemu Tok Guru bagi tujuan “suluh” (pendamaian) atau apa jua perbincangan melibatkan Anwar tersebut.

Syeikh QarrahDaghi hanya menyatakan tiada paksaan jika Tok Guru tak bersedia untuk bertemu. Maka seterusnya berlakulah hanya pertemuan kedua dgn Anwar Ibrahim di rumah beliau di Segambut, yg dihadiri hampir 200 jemputan.

Syeikh QarrahDaghi memberikan ucapan yg antaranya menyatakan dgn tegas harapan Qaradhawy untuk ummah di Malaysia mesti bersama mendoakan kerjasama politik itu untuk diselamatkan, demi sebuah masa depan yg terbaik untuk Malaysia dan dunia Islam keseluruhannya.

Syeikh mengajak semua yg hadir utk mendoakan Anwar yg akan melalui hukuman penjara oleh Najib dlm masa terdekat itu, dan mengharapkan Anwar bermunajat selama menghadapi tuduhan tersebut.

Syeikh mensyarahkan petikan Surah Yusuf (ayat 33) yg mengisahkan kesabaran Nabi Yusuf yg melalui ujian penjara;

قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجَاهِلِينَ

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata:

“Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”.

Selain menitipkan salam, Syeikh juga menyatakan tegas bahawa Qaradhawy dan seluruh Ulamak di seluruh dunia Islam selain berdukacita, mereka berdoa agar Anwar bersabar dan diberikan kesempatan memimpin Malaysia dan seluruh umat Islam dunia satu ketika kelak.

Setiap ucapan malam itu diterjemahkan sepenuhnya oleh alFadhil Ustaz Fawwaz Fadzil, iaitu anak kandung Ustaz Fadzil Noor yg merupakan sahabat karib Anwar Ibrahim sendiri.

Selesai makan malam, Syeikh pulang dgn menaiki kenderaan Ustaz Fawwaz (kereta baharu beliau warna merah). Dan ketika mahu memasuki kereta itulah sekali lagi Syeikh memeluk erat Anwar Ibrahim, meletak tangan di atas bahu untuk tempoh beberapa minit seraya berkata untuk bersabar dgn ujian yg sedang datang itu dgn kalimat mulia “fasabran Jamila” diungkapkan Syeikh berkali-kali.

Malam itu, setiap detik ucapan & kata-kata penuh semangat & ukhuwwah itu saya abadikan sama ada dalam bentuk rakaman bergambar atau video, termasuklah beberapa keping kenangan saya bersama Syeikh sendiri.

Dipendekkan cerita yg panjang – dua bulan selepas itu Anwar diangkut Najib ke Penjara Sungai Buluh. Dan selang 2 hari selepas Anwar ditangkap itu, alMarhum TG Nik Aziz Nik Mat pula wafat meniggalkan kita semua hinggalah hari ini ke alam baqa’ sana.

Ummah dan dunia terdiam dgn 2 ujian besar serentak tersebut. Permata & Mutiara sebenar kerjasama politik Pakatan Rakyat yg menjadi harapan ummah di Malaysia dan ulamak di seluruh dunia hilang daripada radar “tahaaluf siyasi” Pakatan Rakyat itu.

Saya ringkaskan lagi, berlakulah apa yg berlaku selepas itu – 6 Jun 2015 Tok Guru yg menguasai penuh Pas sejak kewafatan TG Nik Aziz itu dgn penuh ‘veto’nya lakukan satu lagi pengkhianatan paling besar apabila mengarahkan Usul Ulamak untuk putus hubungan dgn DAP (bukan PKR) dan Pakatan Rakyat, akhirnya terbubarlah dgn paksa, sekalipun dibantah hampir keseluruhan perwakilan Muktamar terakhir yg saya hadiri itu.

Itulah penutup nya – pengkhianatan Kota Damansara akhirnya diakhiri dgn pengkhianatan Kuala Selangor yg mengorbankan tahaluf siyasi yg diasaskan oleh Ustaz Fadzil Noor bersama Syeikh Qaradhawi bersama 13 tokoh kepimpinan Ulamak Islam SeDunia pada tahun 1999 dahulu…

Kenangan ini amat segar buat saya dan sahabat yg melaluinya. Ia membentuk wa’yul siyasi (kesedaran politik) yg tinggi pada diri kami selamanya iAllah. Dan kami akan abadikan kisah ini untuk generasi mendatang yg sayangkan jalan dakwah ini…

Ikhwah yg dirahmati Allah.

Tiga tahun lepas itu sebaik naiknya Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya, Syeikh QarrahDaghi sekali lagi bertandang ke rumah Anwar mengucapkan kesyukuran pada pembebasan dan perubahan yg “sudah semakin hampir” berlakunya di Malaysia.

Dan demi menciptakan sejarah seterusnya – pada 2 Jan 2020 pula, “Ketua Baru” Kesatuan Ulamak SeDunia (Ittihad Ulamak) yg menggantikan Syeikh Qaradhawy, iaitu Syeikh Dr Ahmad Raisuny bertandang sendiri ke rumah Anwar Ibrahim dan memberikan ucapan bahawa tidak syak lagi Kesatuan Ulamak SeDunia amat berharap segala perancangan dan tribulasi untuk Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia tersebut diterima Allah sebagai amal soleh, dan dibuang jauh segala tipudaya jahat musuh yg nampak atau tidak nampak yg berusha cuba menggagalkannya.

Alhamdulillah saya diberikan peluang untuk bertemu dan merasai sendiri kehadiran dalam hampir kesemua sessi bersejarah yg saya nyatakan di atas. Saya amat bersyukur dgn peluang yg Allah aturkan itu.

Saya memilih untuk berkongsikan segala ‘ibrah di jalan perjuangan politik dakwah dalam siri tulisan ini dan segala perkongsian di wall saya, buat yg mahu mengambil pengajarannya. Yg benci dan tak mahu membaca, sila abaikan.

Hari ini Anwar diterima mengadap YDPA untuk meneruskan agenda islah & tajdid yg sudah lama dimulakan itu.

Malam ini saya mengajak kita semua bermunajat pada Allah berdoa semoga hanyasanya perancangan Allah sahajalah yg berjaya menentukan segalanya dalm penuh redhaNya. Kata Allah, maksudnya;

“…Bahawasanya jika kita berasa sakit (penat atau letih) atas apa yg diusahakan, sesungguhnya musuh juga sedang sakit berusaha untuk menggagalkannya”.

“Namun kata Allah, yakinlah bahawa usaha kita itu akan mendapat redha Allah, sedangkan kepenatan musuh itu hanyalah untuk tujuan bathil sahaja”

 

Ahmad Sayuti Bashiron

Shah Alam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )