KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Renung sebentar.

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Renung sebentar.

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera

Kisah dialog antara Iblis la’natullah dan Allah swt berkisar penciptaan Nabi Adam a.s boleh dilihat beberapa kali di dalam Al-Quran di beberapa surah yang berlainan.

Antaranya, di akhir surah ص iaitu surah yang ke-38.

Setiap kali saya membaca kisah tersebut dalam Al-Quran, saya kadangkala tersenyum bersendirian. Mengapa?

Kerana betapa teruknya hujah dan logika yang digunapakai oleh iblis ketika sombong dan berlagak enggan menuruti perintah Allah swt untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. bila diarahkan berbuat demikian.

Logik atau alasan atau hujah yang diberikan oleh Iblis adalah “dia lebih baik daripada Nabi Adam a.s” kerana “You created me from fire, and You created him from clay!”

The fact that Iblis sendiri, dalam logiknya itu, mengakui Allah swt adalah Dzat yang menciptakan beliau dan Nabi Adam a.s, ianya, dengan sendirinya, sudah lebih dari cukup untuk membatalkan segala hujah dangkal beliau itu!

Jika iblis rasa dia tu hebat sangat, logiknya dia yang patut cipta sesuatu itu hatta dirinya sendiri. Bagaimanakah, dari satu segi dia sendiri mengakui Allah swt yang mencipta dan menjadikan dia, selepas itu dia (iblis) masih boleh mengingkari perintah Allah swt?

Yang lebih melucukan jika kita baca ayat ke-79 surah ص itu,  si-iblis la’natullah itu masih boleh lagi meminta dari Allah swt untuk menangguhkan hukuman ke atas beliau hingga ke tempoh masa tertentu.

Cuba bayangkan sebentar. Iblis lawan Allah swt yang menciptanya dan menjadikannya, lepas itu masih boleh ingkari perintahNya dan selepas itu pula masih tak malu meminta tangguh dari Allah. Jika iblis rasa agah sangat, awat masih mahu minta tangguh hukuman? Selepas tu, minta pula dari Allah swt.

Kemuncak kelucuan bila kita baca ayat ke-82 surah yang sama, bila Iblis bersumpah untuk menyesatkan kita semua (keturunan Nabi Adam a.s), Iblis masih boleh sebut lagi dengan “kebesaran Allah”..فغزتك – “by Your Might”.

Dalam tafsir tertentu,  dikatakan bahawa asas keingkaran Iblis untuk enggan taat perintah Allah kerana merasakan dia lebih baik dari Nabi Adam tetapi “tidak terdapat dalam Al-Quran di mana Allah swt menjawab asas hujah atau logika Iblis ini…”

Kenapa?

Sebab hujah atau logika iblis itu amat terlalu dangkal dan amat amat hina! (hingga tak layak untuk dijawab pun)

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )