KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Perutusan baharu BAPA PERUTUSAN MALAYSIA – RM40 bilion pula!

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Perutusan baharu BAPA PERUTUSAN MALAYSIA – RM40 bilion pula!

Assalamualaikum wrt. wbt..

Saya amat setuju apa sahaja inisiatif untuk bantu rakyat sekarang ni. Tapi saya perlu jujur.  Nak tanya dalam Dewan Rakyat tak boleh. So, mai tanya di sinilah ya.

Dari mana ya depa semua ni pi cekau duit RM40 bilion tu? Jika depa guna duit MAK BAPAK mereka, I rest my caselah dan terima kasih banyak-banyaklah.

Apapun, best kan kejap boleh pi umum sini, pi umum sana, lepas tu tak payah perlu ada akauntabiliti ya BAPA PERUTUSAN?

Yang ada dalam gomen yang kata dari parti Islam, lagu mana pula ya?  Bukan hangpa biasa kumat kamit baca hadith tentang mas’uliyyah (akauntabiliti) ke?

Belanja untuk rakyat tu memang baguslah. Takkan kami tak setuju. Tetapi, belanja apa pun tanpa ada proses semak dan imbang di Dewan Rakyat, yang itu ada masalah sikitlah ya.

Kata arwah Buya Hamka, soalan Nabi Zakaria a.s. kepada Siti Maryam… Wahai Maryam, dari mana kamu dapat ini (rezeki – O Mary – from where is this coming to you?) seperti yang terdapat dalam ayat ke-37 surah Ali-Imran adalah “asas akauntabiliti dalam pemerintahan”.  It reflects a good governance!

Wallahu a’lam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )