KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Pandangan Saya Terhadap Keputusan Terkini Mahkamah Tinggi Shah Alam Berkaitan Habeas Corpus

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Pandangan Saya Terhadap Keputusan Terkini Mahkamah Tinggi Shah Alam Berkaitan Habeas Corpus

Pada pandangan saya penghakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam itu adalah betul dan tepat di sisi undang-undang.

Berdasarkan pengalaman saya pernah mengendalikan beberapa kes habeas corpus sebelum ini, saya lihat dalam kes-kes habeas corpus, yang lazimnya melibatkan cabaran ke atas sebarang perintah penahanan yang didakwa tidak sah dan yang juga dianggap satu bentuk perlucutan kehidupan dan kebebasan (a deprivation of life and liberty) seseorang yang mana ia dilindungi dengan sewajarnya di bawah Artikel 5 (1) Perlembagaan Persekutuan, banyak keputusan Mahkamah di negara ini nampaknya cenderung mentafsirkan undang-undang yang berkaitan secara ketat (strict).

Maknanya, apa sahaja kesilapan, sekecil manapun, yang dilakukan oleh pihak yang menahan ataupun pihak yang mengeluarkan perintah tahanan pasti mengundang risiko yang amat tinggi.

Justeru itu, jika wujud sebarang keraguan,  faedah keraguan itu lazimnya akan diberikan kepada pihak yang ditahan atau mangsa yang ditahan.

Kes habeas corpus adalah bercirikan kes quasi-jenayah (separa-jenayah), maka umumnya prinsip yang mendasari habeas corpus ini adalah “lebih baik seseorang hakim itu tersilap membebaskan orang yang sewajarnya ditahan daripada beliau tersilap menahan seseorang yang tidak sewajarnya ditahan” adalah terpakai.

Hakikatnya itu juga prinsip yang mendasari perundangan Islam, bagi sesiapa yang biasa dengan undang-undang jenayah dalam Islam.

Ini kerana kedua-dua jurispruden itu -barat dan Islam-meletakkan prinsip kebebasan (freedom atau al-hurriyyah) dan kemuliaan insan (karamatul insan) itu adalah suatu yang amat berharga dan bernilai.

Undang-undang berkaitan isu ini, menurut hemat saya, nampaknya sudah agak tuntas.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )