KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Nampak mcm baik kan?

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Nampak mcm baik kan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nampak macam baik kan??? Tapi, may be depa tolong bagi terang sikit kat kita:-  Semua MP kan dah divaksin, awat nak buat sidang secara hibrid? Awat tak mahu buat sidang macam biasa?

Awat tak ada sesi soal jawab antara MP dan Gomen? So dekat mana dasar accountability/pertanggungjawaban?

Bukankah rakyat nak minta MP tanya kat bapak dan mak Menteri misalnya, “kenapa rakyat ramai yang bunuh diri dan apa yang Menteri dah buat untuk selesaikan masalah itu?” dan banyak lagilah.

YB Pokok Sena mungkin nak tanya status siasatan kes polis tahan kereta bapak Menteri kat Terengganu (berapa orang ada dalam keta masa tu)? dan mungkin ada yang nak tanya kes Lembaga Getah Malaysia (LGM)?

Untuk tahun 2021 sahaja, sidang Parlimen belum pernah lagi dibuka/rasmi oleh YDPA kan? Bukankah YDPA sebahagian daripada Parlimen?  Nak sailang lagi ke?

Yang Gomen Tebuk Atap dah guna berbilion wang negara sebelum ini, tak perlu dibentang RUU Bajet Tambahan ke? dan tak perlu dibahas ke macam mana wang tu dibelanjakan?  Jika tak perlu bestlah, itu macam hangpa boleh bebas guna duit negara macam guna duit MAK BAPAK sendiri?

Ordinan Darurat tu akan dibahas tak? Bentang je biasanya jawabnya hanya letak atas meja MP jelah kan? P/S untuk parti ehem, RUU 355  bentang ke?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )