KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Kuiz Cikgu Murni

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Kuiz Cikgu Murni

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera

Al-kisah Cikgu Murni yang juga guru kanan sekolah orang dewasa mengadakan kuiz lisan di kelasnya hari ini.

Berikut dialognya :-

Cikgu Murni : “Ok murid-murid tua sekelian,  hari ini Cikgu nak bagi kuiz secara lisan ya.

Ok. Soalan pertama cikgu pada Pakcik Dogol.. Pakcik Dogol.. apa dia monopoli?”

Pakcik Dogol : “Hah ni senang ni..ni saya tau ini.. Monopoli itu cikgu, bila kita benarkan ramai orang yang boleh berniaga cikgu. Misalnya , jika saya jadi tokeh pembekal dodol. Saya pi lantik 1000 orang pengedar dodol yang saya bekalkan. Itulah monopoli cikgu!”

Cikgu Murni : “Salah tu pakcik Dogol. Itu bukan monopoli. Itu pasaran bebas pakcik!

Pakcik Dogol : “Oh.. ya ke cikgu? Dah tukar ke? Habis tu saya dengar tadi ada orang kata bila hanya ada satu je syarikat yang boleh bekal vaksin Sinnovac kpd gomen, ada Menteri kata itu bukan monopoli.. Itu apa pula cikgu? Monogram atau MonoNgarut?”

Cikgu Murni : “Ok saya nak tanya soalan kedua kepada murid baru kelas kita. Nama dia Makcik Kiah. Murid baru ni nampak macam cerdik.

Makcik Kiah, cikgu nak tanya soalan Matematik ya. 8 x 22 x 355  tu berapa ya?”

Makcik Kiah : Saya rasa kita kena faham isu Palestin ini cikgu!

Cikgu Murni : “lahabau@@judilahngok@$()#:”‘/*kelaut3]]}}>>&<tebukatap|\~“€€¥£¢semumasalah DAP????kasino maisirαβ^®™™nilai3”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )