KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Komen ringkas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Tolak usul Najib untuk kemukakan keterangan baharu

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Komen ringkas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Tolak usul Najib untuk kemukakan keterangan baharu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan SEBULAT SUARA MENOLAK usul permohonan Najib untuk kemukakan keterangan baharu.

Jika dilihat kepada notis usul Najib tersebut, ianya lebih kepada hasrat dia nak kemukakan keterangan baharu (keterangan dokumentari dan lisan) yang dia dakwa melibatkan penglibatan Hakim Mahkamah Tinggi – yang sabitkan dia bersalah – dengan pihak Maybank.

Maka dikatakan Hakim tersebut ada konflik kepentingan dan risiko berat sebelah (bias).

Pendakwa Raya membantah permohonan Najib itu atas alasan ia bertentangan dengan prinsip kemuktamadan perbicaraan (the finality of litigation) dan keterangan yang ingin dikemukakan itu juga bersifat keterangan dengar cakap (hearsay evidence).

Ketika menolak permohonan Najib itu mahkamah putuskan permohonan Najib itu melibatkan isu budi bicara mahkamah di bawah seksyen 93 Akta Mahkamah Keadilan 1964.

Mahkamah juga putuskan bahawa Najib telah GAGAL mematuhi kesemua 4 syarat yang telah ditetapkan untuk membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya di mana antaranya adalah keterangan baharu itu mestilah relevan dan kredibel dan jika keterangan itu dibenarkan untuk dikemukakan, ia mesti boleh berjaya mewujudkan keraguan munasabah sama ada tertuduh macam Najib itu bersalah atau tidak bersalah.

Justeru itu, mahkamah telah sebulat suara menolak permohonan Najib.

Sekian, terima kasih.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )