KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Ayahanda marah????

KOLUMNIS HANIPA MAIDIN: Ayahanda marah????

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Marah????  Tidak.. Seronokkkkk!!!!

Ini adalah antara adegan dan skrip menarik yang mampu dipetik dari Filem Tiga Abdul yang disiarkan pada tahun 1964.

Petang tadi semasa melakukan program ziarah rutin mingguan saya di Parlimen Sepang, seperti biasa, team kami menziarahi beberapa buah rumah dan menghulurkan sedikit bantuan kepada beberapa penerima yang telah dikenal pasti.

Salah seorang rakyat yang kami jumpa mengadu yang beliau sudah tidak bekerja dalam tempoh yang agak lama dan sedang diuji pula masalah rumahnya berpotensi untuk dilelong oleh pihak bank pada bila-bila masa.

Seorang lagi pula mengadu baru melakukan rawatan jantung dan kini dicutikan tanpa gaji sudah hampir 6 bulan.

Dalam perjalanan balik ke rumah, terbaca berita ada orang naik pangkat dan jawatan lama pun kekal. Seorang lagi juga naik pangkat ke kanan. Wow!!!

Tahniahlah naik pangkat …jangan risau jika ada kritikan, tak susah nak cari DALIL!!!!!

Akan ada terompah kayu yang sentiasa sedia berkhidmat untuk insan yang mahu ke TANDAS!

Teringat dialog lejen arwah P. Ramlee: “Ayahanda MARAH?” dan dijawab oleh Ahmad Nisfu: “Tidak.. SERONOKKKK!”

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )