KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Undang-Undang Anti Lompat Parti Untuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Diisytihar Sebagai Sah

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Undang-Undang Anti Lompat Parti Untuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Diisytihar Sebagai Sah

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 03.04.1992, MAHKAMAH AGUNG telah mengisytiharkan bahawa mana-mana gubalan Undang-Undang Anti Lompat Parti di peringkat Dewan Undangan Negeri yang mengosongkan kerusi DUN akibat penukaran parti oleh Ahli DUN berkenaan selepas Pilihan raya adalah TIDAK SAH dan TERBATAL kononnya akibat daripada ianya bercanggah dengan hak individu untuk menyertai atau meninggalkan parti politik seperti yang dijamin oleh peruntukan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak asasi untuk menubuhkan persatuan.

Keputusan MAHKAMAH AGUNG sejak 30 tahun itulah yang selama ini menjadi benteng terbesar untuk menghalang pembendungan amalan tidak berintegriti mana-mana Ahli Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri yang meninggalkan mana-mana Parti dan lompat kepada Parti lain selepas beliau memenangi Pilihan raya di atas tiket Parti itu, yang telah menjadi pencetus kepada masalah politik negara akibat daripada “SHERATON MOVE” pada tanggal 23hb Februari 2020 yang lalu.

Sememangnya, mana-mana keputusan MAHKAMAH boleh diubah melalui pindaan kepada Perlembagaan dan/atau gubalan undang-undang yang perlu sepertimana yang sedang dilalui di Parlimen, di mana Dewan Rakyat telah meluluskan RUU (Pindaan Perlembagaan) 2022 pada 28.07.2022 yang lalu, dan menanti proses kelulusan yang sama di Dewan Negara kelak, sebelum “lompat parti” dalam keadaan tertentu menjadi amalan yang “terhalang”.

Namun, pada, masa yang sama pada hari ini, bebas daripada isu RUU (Pindaan Perlembagaan) 2022 yang masih berjalan itu, MAHKAMAH PERSEKUTUAN, iaitu Mahkamah Tertinggi di Malaysia telahpun membetulkan KEKHILAFAN keputusan MAHKAMAH AGUNG 30 tahun lalu, di mana peruntukan yang sama dengan di Kelantan, yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai SAH dan TERPAKAI untuk mengosongkan kerusi yang dimenangi oleh 4 Ahli DUN di atas tiket Pakatan Harapan, yang kemudiannya keluar daripada Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan lain dengan gabungan Ahli DUN yang tewas Pilihan raya 2018 itu.

Hatta, TANPA kewujudan mana-mana RUU (Pindaan Perlembagaan) 2022, mahupun jika kelulusan sepenuhnya itu DILENGAHKAN sekalipun, keputusan MAHKAMAH PERSEKUTUAN pada hari ini akan berjaya memberhentikan amalan jahat mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri pasca PRU15 nanti di negeri-negeri yang mempunyai peruntukan yang sama dengan Pulau Pinang, iaitu Kelantan, Sabah dan Sarawak, untuk menghalang adegan jimnastik “LOMPAR PARTI”, kerana kini ianya boleh mengosongkan kerusi Ahli DUN yang tidak berintegriti itu!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )