KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tun Mahathir Tepat & Betul berkaitan “Konflik Kepentingan” TS Apandi Ali Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Isu “Batu Puteh”

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tun Mahathir Tepat & Betul berkaitan “Konflik Kepentingan” TS Apandi Ali Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Isu “Batu Puteh”

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Laporan FREEMALAYSIATODAY 28.06.2022 bertajuk “Semakan kes Batu Puteh: Mengarut Apandi jadi pengerusi, kata Dr M” telah memetik TUN DR MAHATHIR, mantan Perdana Menteri Ke-7 sebagai berkata :

“Katanya, Apandi yang juga bekas Peguam Negara tidak wajar mempengerusikan Jawatankuasa berkenaan.

Jawatankuasa itu dibentuk bagi membuat semakan semula undang-undang kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Rasa tidak puas hati itu juga menyaksikan Mahathir yang tiba kira-kira 11.40 pagi keluar meninggalkan pekarangan Jabatan Peguam Negara dalam tempoh tidak sampai 15 minit.

Ketika ditemui media, Mahathir berkata, beliau tegas dengan pendirian tidak akan memberikan sebarang kerjasama sehingga Apandi diganti.

“Apandi adalah individu yang terlibat dalam kes ini dan dia tidak patut dilantik sebagai Pengerusi.

“Dia sepatutnya lebih layak menjadi saksi tetapi dilantik sebagai Pengerusi. Ia adalah sesuatu yang mengarut,” katanya menurut laporan Awani.

Katanya, surat untuk memohon penukaran kedudukan Apandi sebelum ini telah dihantar, namun tiada sebarang jawapan.

Perkara itu menurutnya penting kerana kedudukan Apandi pada jawatan itu lebih cenderung menimbulkan konflik kepentingan tertentu.

Dalam masa yang sama katanya, siapa sahaja layak untuk dilantik menggantikan Apandi, selagi ia mampu memberikan ketelusan dan jaminan keadilan.”

(Laporan FREEMALAYSIATODAY 28.06.2022 bertajuk “Semakan kes Batu Puteh: Mengarut Apandi jadi pengerusi, kata Dr M” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

Kenyataan TUN DR MAHATHIR itu bukan sahaja adalah TEPAT dan BETUL di bawah konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, malah disokong oleh fakta-fakta berikut :

  1. TS APANDI ALI adalah bekas Peguam Negara yang telah mengetuai pasukan pemfailan Permohonan Semakan ke MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA (ICJ) pada 02.02.2017 terhadap sebahagian KEPUTUSAN ICJ bertarikh 23.05.2008 berkaitan pemberian milikan BATU PUTEH (“PEDRA BRANCA”) kepada Singapura, di mana Permohonan Semakan itu kemudiannya telah ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia melalui PERINTAH ICJ bertarikh 29.05.2018.
  2. Hatta, JAWATANKUASA isu BATU PUTEH yang diumumkan pada 09.10.2021 oleh Perdana Menteri Ke-9, DS ISMAIL SABRI YAAKOB, dan seterusnya dibentuk pada 29.10.2021, yang tidak mempunyai apa-apa kesan perundangan sekalipun, namun semestinyalah, anggota JAWATANKUASA berkenaan, apatah lagi Pengerusinya WAJIB dan MESTI orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam isu terbabit.
  3. Bagaimanakah Pengerusi yang dilantik oleh Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB merupakan individu yang telah sendiri mengepalai pasukan pemfailan Permohonan Semakan pada 02.02.2017, iaitu bekas Peguam Negara TS APANDI ALI, yang semestinya berada dalam kedudukan “KONFLIK KEPENTINGAN” untuk menegakkan keputusan beliau sendiri dalam pemfailan awal Permohonan Semakan itu?!
  4. Walhal, kedudukan sebenar TS APANDI ALI adalah sebagai seorang SAKSI untuk memberi pandangan kepada mana-mana JAWATANKUASA yang neutral bahawa dia kononnya betul daripada segi perundangan antarabangsa dan faktor-faktor polisi dan hubungan antarabangsa serta faktor-faktor lain untuk menasihati pemfailan Permohonan Semakan itu, jika ada.
  5. Menurut prinsip undang-undang jati, satu maxim dalam bahasa asal Latin berbunyi “Nemo judex in causa sua”, yang bermaksud “Tiada sesiapa yang boleh menjadi Hakim dalam perkaranya sendiri”!

Selain daripada perkara di atas, terdapat satu lagi isu “KONFLIK KEPENTINGAN” berhubung kedudukan TS APANDI ALI sebagai Pengerusi JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” yang mana akan diperjelaskan melalui rentetan peristiwa dan fakta berikut :

Pada tarikh 29.10.2021. apabila TS APANDI ALI dilantik oleh Kerajaan ISMAIL SABRI YAAKOB sebagai Pengerusi JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH”, beliau adalah pihak yang telah SAMAN Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Ke-7, TUN DR MAHATHIR berkaitan alegasi kononnya penamatan beliau sebagai Peguam Negara pada 14.05.2018 adalah tidak berkeperlembagaan dan salah daripada segi undang-undang, yang mana telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang masih wujud dan hidup di medan Mahkamah ketika TS APANDI ALI dilantik sebagai Pengerusi JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” itu!

(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/546438)

  1. Bagaimanakah Kerajaan DS ISMAIL SABRI YAAKOB boleh lantik seorang yang SAMAN Kerajaan Malaysia untuk berkhidmat sebagai Pengerusi, mahupun anggota dalam JAWATANKUASA yang dibentuk oleh Kerajaan Malaysia itu sendiri?!
  2. Walhal laporan media pada 13.04.2022, yang kemudiannya melaporkan bahawa TS APANDI ALI telah menyelesaikan tuntutannya dan menarik balik SAMAN itu (tanpa pendedahan terma penyelesaian), semestinya menampilkan PERSEPSI NEGATIF tentang tujuan asal perlantikan TS APANDI ALI sebagai Pengerusi JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” mempunyai kaitan dengan penyelesaian kes SAMAN itu!!

(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/13/apandi-selesai-saman-pemecatan-secara-salah-dengan-kerajaan/)

  1. Walaupun KETIDAKMUNASABAHAN perlantikan TS APANDI ALI itu adalah untuk DS ISMAIL SABRI YAAKOB menjawab, namun, bukankah perlantikan TS APANDI ALI sebagai Pengerusi JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” telah sekali lagi menampilkan penzahiran “KONFLIK KEPENTINGAN” beliau dengan kes SAMAN beliau sendiri?!

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/28/semakan-kes-batu-puteh-apandi-jadi-pengerusi-mengarut-kata-dr-m/

Selain daripada DUA (2) PERKARA di atas yang menampilkan “KONFLIK KEPENTINGAN” untuk TS APANDI dilucutkan kelayakan untuk menjadi Pengerusi, mahupun anggota JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” itu, terdapat beberapa anggota lain JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” itu juga berada dalam “KONFLIK KEPENTINGAN” dan tidak wajar untuk dilantik sebagai anggota dalam JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH”, atas alasan-alasan berikut :

Dalam kenyataan berkaitan lantikan anggota JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH”, Menteri Parlimen & Undang-Undang WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR telah menyatakan dalam laporan BH ONLINE 14.11.2021 bertajuk “Surat lantikan Ahli Jawatankuasa Kaji Batu Puteh minggu depan” seperti berikut :

“Katanya, Ahli Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas yang akan membantu Mohamed Apandi mengkaji kes kedaulatan Batu Puteh dianggotai empat Peguam iaitu Abu Bakar As Sidek Mohd Sidek, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Tengku Fuad Ahmad dan Baljit Singh Sidhu.

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/887360/surat-lantikan-ahli-jawatankuasa-kaji-batu-puteh-minggu-depan)

  1. TIGA (3) daripada EMPAT (4) PEGUAM yang dilantik sebagai anggota JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” itu, yang TIDAK DICABAR KEWIBAWAAN KEPEGUAMAN mereka, adalah berada dalam keadaan “KONFLIK KEPENTNGAN” juga, iaitu :

i.. Datuk Abu Bakar Sidek Mohd Sidek, yang merupakan Peguam lantikan TS APANDI ALI semasa Permohonan Semakan difailkan di ICJ pada 02.02.2017, yang kemudiannya ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia pada 29.05.2018,

  1. Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, juga merupakan seorang lagi Peguam lantikan TS APANDI ALI semasa Permohonan Semakan difailkan di ICJ pada 02.02.2017, yang kemudiannya ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia pada 29.05.2018, dan

iii. Datuk Baljit Singh Sidhu adalah Peguam yang mewakil TS APANDI ALI dalam tindakan SAMAN beliau terhadap Kerajaan Malaysia pada 13.10.2020, yang kemudiannya dilaporkan pada 13.04.2022 sebagai telah diselesaikan dengan Kerajaan Malaysia dan ditarik balik SAMAN itu (tanpa pendedahan terma penyelesaian) oleh TS APANDI ALI.

c.. Tanpa mempersoalkan kewibawaan kepeguaman ketiga-tiga Peguam itu, persoalan penting adalah :

“Bukankah ketiga-tiga mereka mempunyai “KONFLIK KEPENTINGAN” akibat daripada kaitan langsung dengan TS APANDI ALI dalam kedua-dua perkara yang dihuraikan di atas, yang mengakibatkan perlantikan mereka sebagai perlantikan tidak wajar dalam  JAWATANKUASA isu “BATU PUTEH” itu??!!”

Kesemua perkara ini telah diperjelaskan dalam satu BUAL BICARA semalam, 27.06.2022, dan Video rakamannya boleh ditonton di Siri :  3393 di ‘facebook’ saya di sini.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )