KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Titah YDPA Berkaitan Pelaksanaan Hukuman & Pengampunan Berteraskan Konsep Adil & Saksama Adalah Tuntutan Islam

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Titah YDPA Berkaitan Pelaksanaan Hukuman & Pengampunan Berteraskan Konsep Adil & Saksama Adalah Tuntutan Islam

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tontonilah Video terbitan MALAYSIAKINI 05.09.2022 yang dimuat naik di Ruang Bawah yang merangkumi sebahagian TITAH KeBawah Duli YDPA di MAJLIS PEMASYURAN Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Kuantan, Pahang pada hari ini 05.09.2022, menyentuh peri penting pelaksanaan keadilan Islam yang mewajibkan hukuman dan pengampunan dilaksanakan atas konsep ADIL dan SAKSAMA.

Antara inti pati TITAH Baginda Tuanku yang dipetik Laporan MALAYSIAKINI yang sama bertajuk “Tiada keistimewaan, pengecualian dalam keadilan Islam – Agong” :

https://www.malaysiakini.com/news/634641

“Keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa yang melakukan kesalahan, sama ada diri sendiri, teman rapat, ahli keluarga mahupun ibu dan bapa, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka bertitah ketegasan prinsip keadilan Islam juga tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa termasuk kepada mereka yang tidak disenangi, selain keadilan tanpa pilih kasih yang diamalkan telah berjaya mengangkat martabat Islam pada zaman Rasulullah SAW.

“Prinsip keadilan yang telus lagi terbuka turut berjaya membangunkan satu masyarakat yang adil, saksama, makmur dan sejahtera. Prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan,” titah Seri Paduka semasa berucap merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Pahang di Kuantan hari ini.

Berpandukan atas prinsip yang sama, Al-Sultan Abdullah bertitah Mahkamah Syariah mestilah bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman, terutamanya yang melibatkan kes-kes kekeluargaan.

“Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang telah ternoda dan akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa,” titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa KUASA MENGHUKUM dan MEMBERI PENGAMPUNAN TIDAK WAJAR DIGUNAKAN SEWENANG-WENANGNYA kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak di ‘hari kemudian'”

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DAULAT TUANKU!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )