KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tengku Zafrul Salah Lagi – Seksyen 4 & 5 Ordinan Darurat #1 Tidak Terpakai Terhadap Gubalan Ordinan “Moratorium Paksa”!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tengku Zafrul Salah Lagi – Seksyen 4 & 5 Ordinan Darurat #1 Tidak Terpakai Terhadap Gubalan Ordinan “Moratorium Paksa”!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :

Sebelum ini, satu KENYATAAN TIDAK BETUL dan PALSU telah dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Senator TENGKU ZAFRUL yang dipetik oleh MALAYSIAKINI 01.06.2021 bertajuk “Moratorium menyeluruh – Zafrul perjelas kerajaan tak boleh paksa bank”, di mana TENGKU ZAFRUL mengatakan

“Anda kena faham kerajaan tidak mengawal atau memiliki bank, betul tak?” katanya.

“Ini perbincangan antara Bank Negara dan bank-bank. Kami tidak memiliki kemampuan undang-undang untuk memaksa bank melakukan (apa yang kami mahukan),” katanya.

(Link Laporan https://www.malaysiakini.com/news/577122)

Pelbagai pihak telah mempersoalkan kenyataan TENGKU ZAFRUL itu termasuk diri saya yang telah menulis di Siri : 2649 di ‘facebook’ pada 01.06.2021, di mana antara lain saya telah menyatakan bahawa kenyataan TENGKU ZAFRUL itu adalah kenyataan yang SALAH dari segi undang-undang, terutamanya apabila negara berada dalam keadaan DARURAT, iaitu:

Secara JUJUR dan IKHLAS saya mengatakan bahawa kenyataan TENGKU ZAFRUL bahawa kononnya Kerajaan yang kini memegang kuasa tadbir urus semasa DARURAT di bawah Seksyen 11(a) ORDINAN DARURAT #1 itu, kononnya TIDAK MEMPUNYAI KUASA ke atas bank-bank komersil, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan itu, adalah TIDAK BENAR, malah PALSU, dalam hal keadaan dan kuasa gubalan ORDINAN semasa penguatkuasaan DARURAT!!

Saya telah berulang kali menyatakan dalam TULISAN dan VIDEO saya sebelum ini bahawa Kerajaan kini, yang memegang kuasa tadbir urus negara semasa DARURAT sepertimana telah dilakukan dalam gubalan ORDINAN-ORDINAN lain sebelum ini, boleh gubal ORDINAN KHAS untuk PAKSA kesemua bank komersil dan syarikat kewangan lain dalam memberi “MORATORIUM PAKSA” mengikut keperluan yang difirkan wajib untuk membantu kesemua mereka yang berada dalam kategori B40, mahupun golongan yang terkesan dalam kategori M40 sekalipun, kerana ORDINAN DARURAT boleh digubal untuk perkara KHAS ini, tanpa keperluan persetujuan Bank Negara, Bank-Bank Komersil mahupun Syarikat-Syarikat Kewangan, kerana dalam keadaan kecemasan semasa DARURAT ianya adalah WAJIB untuk diadakan penyelesaian yang TEGAS dan KERAS!”

Kenyataan saya itu juga telah antara lain menjadi tajuk perbincangan dalam beberapa Wawancara dan juga dipetik oleh pelbagai media dalam Laporan masing-masing, antaranya wujud di Siri : 2650, 2652, 2656 dan 2657 di ‘facebook’ saya sebelum ini.

Pada hari ini TENGKU ZAFRUL telah SEKALI LAGI mengeluarkan satu lagi kenyataan SALAH dari segi undang-undang yang menzahirkan fakta bahawa beliau TIDAK FAHAM dengan cadangan yang telah diutarakan berkaitan gubalan Ordinan khusus untuk “MORATORIUM PAKSA” itu!

MALAYSIAKINI 05.06.2021 bertajuk “Moratorium menyeluruh tak dapat dilaksana tanpa kos ditanggung kerajaan” telah antara lain memetik TENGKU ZAFRUL sebagai berkata:

“Berbeza dengan pandangannya awal minggu ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengakui bahawa Putrajaya boleh menggunakan Ordinan Darurat untuk memaksa bank membenarkan moratorium pinjaman menyeluruh.

Namun, jelasnya, tindakan itu akan membebankan kerajaan dan mungkin akan membawa implikasi yang besar.

Kenyataan terbaharu itu hadir selepas Zafrul dikritik kerana berkata kerajaan tidak boleh memaksa bank memberikan moratarium menyeluruh dalam pakej rangsangan Pemerkasa Tambahan.

Dalam tulisan yang disiarkan di The Star hari ini, Zafrul memetik Seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 yang membolehkan kerajaan “memperoleh dan menggerakkan sumber-sumber yang diperlukan untuk kebaikan awam”.

“Tetapi Seksyen 5 dengan jelas menetapkan bahawa setiap pendekatan wajib oleh kerajaan harus disesuaikan dengan pampasan kepada pihak yang telah menghasilkan sumber daya.

“Pendek kata, ini tidak dapat dilakukan dengan tanpa biaya yang perlu ditanggung kerajaan,” katanya.

(Laporan MALAYSIAKINI 01.06.2021 bertajuk “Moratorium menyeluruh tak dapat dilaksana tanpa kos ditanggung kerajaan” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)

Berikut adalah JAWAPAN dan PENJELASAN saya terhadap kenyataan SALAH dan KETIDAKFAHAMAN oleh TENGKU ZAFRUL tentang cadangan gubalan ORDINAN DARURAT khusus bagi tujuan “MORATORIUM PAKSA” itu, yang mana adalah seperti berikut:

  1. Yang pertamanya, sememangnya JELAS kini TENGKU ZAFRUL telah AKUI bahawa ada kuasa di tangan Kerajaan untuk memberi “MORATORIUM PAKSA” seperti yang diperlukan Rakyat, melalui gubalan satu ORDINAN DARURAT khusus yang berkaitan, yang mana membuktikan bahawa kenyataan beliau pada 01.06.2021 (seperti yang dipetik di Perenggan 1 di atas) adalah SALAH dan PEMBOHONGAN!,
  2. Namun, yang keduanya TENGKU ZAFRUL masih SALAH di atas KETIDAKFAHAMAN beliau bahawa Seksyen 4 dan 5 ORDINAN DARURAT 2021 #1 yang dirujuk beliau untuk mengatakan Kerajaan akan dibebankan dengan pampasan yang perlu dibayar kepada pihak bank dan syarikat kewangan adalah pada HAKIKATnya di sisi undang-undang TIDAK TERPAKAI dalam hal keadaan saranan gubalan ORDINAN DARURAT khusus untuk memaksa bank dan syarikat kewangan memberikan “MORATORIUM PAKSA” itu kerana :
  3. Seksyen 4 ORDINAN DARURAT #1 berbunyi:

“4. (1) Bagi tempoh darurat berkuat kuasa, walau apa pun apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong fikirkan perlu.

(4) Bagi maksud seksyen ini, “sumber” termasuklah sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset, dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset itu.

  1. Seksyen 5 ORDINAN DARURAT #1 pula berbunyi:

“5. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana tanah, bangunan atau harta alih diambil milikan di bawah seksyen 3, atau sumber diminta untuk digunakan di bawah seksyen 4, pampasan berkenaan dengan pemilikan atau penggunaan itu hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2) Taksiran pampasan di bawah subseksyen (1) itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.”

iii. Hatta, sekiranya KERAJAAN sendiri yang mengambil alih dan menggunakan mana-mana “sumber” pihak SWASTA bagi tujuan pembendungan dan pembanterasan pandemik COVID-19 itu, barulah Seksyen 4 dan 5 ORDINAN DARURAT #1 itu terpakai, yang akan membebankan KERAJAAN dengan keperluan pembayaran pampasan kepada pihak SWASTA yang berkaitan.

  1. Namun, saranan untuk menggubal ORDINAN DARURAT khusus bagi tujuan perolehan “MORATORIUM PAKSA” daripada bank komersil dan syarikat kewangan mengikut keperluan yang difirkan wajib untuk membantu kesemua mereka yang berada dalam kategori B40, mahupun golongan yang terkesan dalam kategori M40 sekalipun, TIDAK melibatkan KERAJAAN mengambil alih fasiliti kewangan itu daripada pihak SAWSTA (iatu bank dan syarikat kewangan) sama sekali, sebab apa yang akan berlaku adalah fasiliti kewangan antara SWASTA (Rakyat) dan SWASTA (bank dan syarikat kewangan) adalah DIGANTUNG/DITANGGUH untuk satu tempoh tertentu yang sesuai dan wajar untuk tidak bebankan aliran tunai di tangan Rakyat, tanpa pengurusan atau penglibatan KERAJAAN langsung!
  2. Terdapat prinsip penting perundangan bahawa mana-mana kandungan perjanjian/kontrak itu boleh DIGANTUNG/DITANGGUH melalui “PENGECEWAAN KONTRAK” (“FRUSTRATION OF CONTRACT”) melalui gubalan peruntukan perundangan seperti yang dicadangkan di bawah ORDINAN DARURAT khusus itu.
  3. Satu contoh mudah untuk kefahaman TENGKU ZAFRUL:

“Apabila KERAJAAN meluluskan pelbagai PKP dari masa ke semasa terhadap RAKYAT tentang pergerakan, halangan pergi ke tempat kerja dan penutupan sektor-sektor perniagaan tertentu, sehingga ada pekerja mengalami pembuangan kerja ataupun potongan gaji dan syarikat perniagaan mengalami kehilangan kerugian sehinggakan ada yang tutup operasi, selama tempoh 15 bulan yang lalu, bukankah KERAJAAN tidak perlu membayar PAMPASAN kepada pihak SWASTA sama ada Rakyat mahupun syarikat perniagaan itu langsung??!!”

Perlu ditekankan di sini bahawa sudah tiba masanya untuk TENGKU ZAFRUL mengambil tindakan untuk TUTUP MULUT dalam hal perkara yang bukan bidangnya, dan biarkan Pejabat Peguam Negara bantu beliau dalam gubalan satu ORDINAN DARURAT khusus bagi tujuan pemberian MORATORIUM PAKSA terhadap kesemua bank dan syarilkat kewangan yang berkaitan berhubung kemudahan kewangan yang melibatkan golongan B40 dan M40 berkenaan.

Walhal, dalam kenyataan TENGKU ZAFRUL yang sama beliau juga mengatakan “… COVID-19 berkemungkinan berpanjangan… “, maka dengan risiko ini bolehkah TENGKU ZAFRUL lebih mementingkan kehilangan kerugian disebabkan “dividen berkurangan kepada “…rakyat umum yang ‘memiliki’ bank, walaupun melalui proksi entiti seperti KWSP dan PNB…” daripada HAKIKAT SEBENAR bahawa ada golongan dalam B40 (dan juga M40) yang tidak langsung mempuyai aliran tunai untuk SARA DIRI dan KELUARGA dan sedang melalui kemudaratan dalam menyediakan sesuap makanan di atas meja untuk keluarga mereka itu!!

Akhir kata kepada TENGKU ZAFRUL:

“Apakah kepentingan keuntungan masa hadapan, sekiranya daya hidup masa kini tidak menjamin kehidupan yang berterusan ke masa hadapan??!!”

P/S JAWABAN dan PENJELASAN saya di sini terkandung dalam bentuk “Video Rakaman Suara di Siri : 2659 di ‘facebook’ saya di sini untuk kemudahan para pembaca)

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )