KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tanggungjawab Semak & Imbang Parlimen Ke Atas Eksekutif Mewajarkan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin Untuk Dihadapkan Dengan Tindakan Penghinaan Dewan Rakyat Oleh Speaker!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Tanggungjawab Semak & Imbang Parlimen Ke Atas Eksekutif Mewajarkan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin Untuk Dihadapkan Dengan Tindakan Penghinaan Dewan Rakyat Oleh Speaker!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsep SEMAK dan IMBANG yang wujud di bawah PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, memerlukan setiap satu dari TIGA (3) CABANG iaitu cabang PARLIMEN, cabang EKSEKUTIF dan cabang KEHAKIMAN itu TIDAK MENCAMPURI tanggungjawab dan urusan mana-mana cabang yang lain.

Ini adalah TANGGUNGJAWAB KEPERLEMBAGAAN. Ianya bukan RETORIKA POLITIK! Walhal, RETORIKA POLITIK tidak ada kesan mahupun kedudukan di sisi PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN!

Apabila Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN mengumumkan pada 12.01.2021 akan perkenan KeBawah Duli YDP AGONG untuk mengeluarkan PROKLAMASI DARURAT KESIHATAN COVID-19, satu Malaysia dikejutkan dengan pengumuman pada masa yang sama bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing TIDAK DIBENARKAN bersidang semasa penguatkuasaan PROKLAMASI DARURAT, seperti yang dinyatakan di Perenggan 21 Teks Pengumuman Khas Darurat oleh PM Muhyiddin:

“21. Selain itu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”

Isu penggantungan persidangan PARLIMEN oleh Kerajaan PN itu telah juga menarik keperluan KeBawah Duli YDP AGONG untuk keluarkan TITAH PENJELASAN pada 24.02.2021 yang mengesahkan bahawa PARLIMEN boleh bersidang semasa tempoh DARURAT berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN.

Kegagalan Kerajaan untuk terus mematuhi TITAH PENJELASAN 24.02.2021 telah memerlukan KeBawah Duli YDP AGONG dan Majlis Raja-Raja untuk mengadakan MESUARAT KHAS Majlis Raja-Raja pada 16.06.2021, dan melalui TITAH KEDUA KeBawah Duli YDP AGONG dengan jelas menitahkan bahawa:

“Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi Kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan SECEPAT MUNGKIN”.

Walau bagaimana pun, Kerajaan telah masih berdolak-dalik dalam mematuhi kedua-dua TITAH KeBawah Duli YDP AGONG bertarikh 24.02.2021 dan 16.06.2021 sehingga memerlukan KeBawah Duli YDP AGONG mencemar Duli dengan menitahkan kedua-dua SPEAKER Dewan Rakyat dan Dewan Negara menghadap KeBawah Duli YDP AGONG dan mengeluarkan TITAH KETIGA pada 29.06.2021 seperti yang dilaporkan ASTRO AWANI 29.06.2021 bertajuk “Agong ulangi titah, Parlimen perlu bersidang secepat mungkin – Istana Negara” bahawa:

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Jelas beliau lagi, Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.”

Melalui kesemua di atas, ianya adalah jelas bahawa KeBawah Duli YDP AGONG tidak pernah menghasratkan untuk Parlimen TIDAK BERSIDANG semasa pelaksanaan PROKLAMASI DARURAT, sedangkan KeBawah Duli YDP AGONG telah mengarahkan berulang kali melalui ketiga-tiga TITAH berkenaan supaya Parlimen bersidang “SECEPAT MUNGKIN” supaya “setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut (iaitu prinsip Keluhuran Perlembagaan)”.

Namun, malangnya pada 15.07.2021 SPEAKER Dewan Rakyat telah memberi Kenyataan Media bahawa Sidang Penuh Dewan Rakyat bagi Penggal Keempat, Parlimen ke-14 diputuskan untuk diadakan selama 15 hari bermula 06.09.2021, dan satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat akan diadakan untuk tempoh 5 hari mulai 26.07.2021, dan kedua-dua keputusan itu adalah dibuat selepas menerima pemakluman daripada Perdana Menteri, TS MUHYIDDIN YASSIN selaku Ketua Majlis Parlimen.

Hatta, ianya menimbulkan DUA (2) PERSOALAN penting berkaitan tanggungjawab Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN yang juga sebagai Ketua Majlis Parlimen yang bertanggungjawab untuk memanggil Parlimen (walaupun kuasa Perdana Menteri untuk memanggil Parlimen semasa pelaksanaan PROKLAMASI DARURAT adalah dipertikaikan), iaitu:

PERSOALAN PERTAMA:

“Dalam melengahkan panggilan Parlimen BUKANKAH Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN selain daripada menzahirkan kemungkiran kepada ketiga-tiga TITAH KeBawah Duli YDP AGONG itu, Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN juga telah cuba menggagalkan prinsip KELUHURAN PERLEMBANGAN berkaitan tanggungjawab Parlimen untuk semak dan imbang Eksekutif??!!”

PERSOALAN KEDUA:

“Dalam menggagalkan prinsip KELUHURAN PERLEMBANGAN berkaitan tanggungjawab Parlimen untuk semak dan imbang Eksekutif itu, BUKANKAH Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN juga telah melakukan tindakan PENGHINAAN PARLIMEN yang mewajarkan Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN untuk diambil tindakan sewajarnya oleh Parlimen pada Mesyurat Khas Parlimen yang dijadualkan bermula pada 26.07.2021 dan/atau Persidangan Penuh Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula pada 06.09.2021??!!”

Mana-mana Ahli Parlimen sememangnya terdedah kepada proses PENGHINAAN PARLIMEN di bawah kuasa-kuasa sedia ada Parlimen dan di bawah peruntukan tambahan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (AKTA 347), dan ianya menjadi tanggungjawab mana-mana atau kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat serta SPEAKER Dewan Rakyat AZHAR HARUN untuk mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi tujuan memulakan tindakan PENGHINAAN PARLIMEN terhadap Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN selaku Ketua Majlis Parlimen dalam:

Tidak mematuhi hasrat KeBawah Duli YDP AGONG bahawa persidangan Parlimen TIDAK DIHASRATKAN untuk digantung semasa pelaksanaan PROKLAMASI DARURAT,

Terus menerus mengingkari ketiga-tiga TITAH KeBawah Duli YDP AGONG bertarikh 24.02.2021, 16.06.2021 dan 29.06.2021, walhal KeBawah Duli YDP AGONG sebagai KETUA NEGARA juga merupakan Ketua Parlimen, dan

Melengah-lengahkan panggilan persidangan Dewan Rakyat ke tahap SALAH CAMPUR oleh EKSEKUTIF dalam urus kerja PARLIMEN sehingga menggagalkan konsep SEMAK dan IMBANG yang merupakan prinsip KELUHRAN PERLEMBAGAN.

Kini, ianya terserah kepada kesemua 220 Ahli Dewan Rakyat untuk mengambil langkah berani yang betul dan perlu untuk memelihara martabat dan peranan Dewan Rakyat sebagai satu cabang PARLIMEN, tanpa terus-menerus merungut kepada Rakyat akan kekangan pelaksaanaan tugas mereka sebagai Ahli Dewan Rakyat atas tindakan SALAH CAMPUR pihak EKSEKUTIF ke atas PARLIMEN, semata-mata!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

 

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )