KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Selesainya Konflik Keperlembagaan Berkaitan Persidangan Parlimen – Kini Ke Arah Penyelesaian Masalah Rakyat dan Negara??!!

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Selesainya Konflik Keperlembagaan Berkaitan Persidangan Parlimen – Kini Ke Arah Penyelesaian Masalah Rakyat dan Negara??!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah berbulan isu KUASA untuk memanggil persidangan PARLIMEN, menjadi isu keperlembagaan yang didebatkan ramai dengan pelbagai pandangan berbeza daripada pengamal perundangan dan para akademik, sehinggakan KeBawah Duli YDP AGONG telah memilih untuk mengeluarkan TITAH terus kepada kedua-dua SPEAKER PARLIMEN pada 29.06.2021, akhirnya pada ketika ini, nampaknya pihak Kerajaan telah secara BETUL dan TEPAT, akur dengan TITAH DIRAJA berkaitan, melalui Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri bertarikh hari ini, Isnin, 05.07.2021.

Menurut Laporan MALAYSIAKINI 05.07.2021 bertajuk “Parlimen akhirnya bersidang 26 Julai”:

“Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 26 Julai, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).”

Dalam satu kenyataan hari ini, PMO memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament),” kata kenyataan itu.

(Laporan lengkap MALAYSIAKINI 05.07.2021 bertajuk “Parlimen akhirnya bersidang 26 Julai”

Sebagai seorang pengamal undang-undang dan Rakyat Malaysia, adalah diharapkan melalui persetujuan kesemua pihak yang berkenaan berkaitan isu persidangan PARLIMEN ini, ianya dapat menyelesaikan satu isu keperlembagaan dari terus menghantui sistem tadbir urus negara, dan seterusnya adalah diharapkan kesemua perkara yang perlu ditampilkan semasa persidangan PARLIMEN kelak, dapat dilaksanakan dengan sebaiknya menurut prinsip tadbir urus negara yang BETUL dan SAH, agar setiap golongan Rakyat dapat mengharapkan peluang mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi Rakyat dan negara dapat dicari jalan penyelesaian sebaiknya, sama ada dari sudut kesihatan COVID-19, permasalahan kewangan masyarakat, mahupun kestabilan politik negara, dan diharapkan akan adanya “cahaya di hujung jalan” sesegera mungkin, IN SHAA ALLAH.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )