KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Ratu Elizabeth II Mangkat

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Ratu Elizabeth II Mangkat

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ratu England dan United Kingdom, ELIZABETH II telah mangkat tengah hari semalam, 08.09.22 (waktu England) di Estet BALMORAL, Scotland, pada usia 96 tahun.

Ketua Negara yang paling lama bertakhta sebagai QUEEN selama 70 tahun, sejak 1952 hingga hari kemangkatannya.

Persekutuan Tanah Melayu, yang kini dikenali satu dunia sebagai MALAYSIA memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957 semasa  Ratu England, ELIZABETH II bertakhta di negara penjajah, dan MALAYSIA sudah pun melihat Ketua Negara kita seramai 16 KeBawah Duli YDP AGONG dari Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad (Yang Pertama) hingga kini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Yang Ke-16) semasa tempoh hayat Ratu England, ELIZABETH II.

Ratu England, ELIZABETH II, selain daripada menjadi “QUEEN of England & United Kingdom”, pada masa kemangkatannya merupakan RATU (Ketua Negara) 14 lagi negara lain yang merupakan bekas Empayar Britain, iaitu Antigua & Barbuda, Australia, The Bahamas, Belize, Canada, Grenada, Jamaica, New Zealand, Papua New Guinea, Saint Kitts & Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent & The Grenadines, Solomon Islands dan Tuvalu.

Dalam tempoh tertentu selepas kemangkatannya ini, pelbagai acara rasmi dengan protokol rasmi yang dinamakan “London Bridge is Down” akan berlangsung sehingga acara rasmi pengkebumian Ratu England, ELIZABETH II di WINDSOR disempurnakan kelak.

Perubahan yang paling ketara yang akan disaksikan di tahap antarabangsa adalah penukaran mata wang Pound Sterling yang akan berubah daripada wajah Ratu England, ELIZABETH II kepada wajah Raja England, CHARLES III dan lirik lagu rasmi negara diubah daripada “God Save the Queen” kepada “God Save the King” kelak.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )