KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Proses & Langkah Yang Boleh Diambil Speaker Dewan Rakyat Berhubung Aduan Parti BERSATU

KOLUMNIS HANIFF KHATRI: Proses & Langkah Yang Boleh Diambil Speaker Dewan Rakyat Berhubung Aduan Parti BERSATU

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sejak awal Disember 2022, media telah melaporkan berkaitan kononnya 4 orang ahli Parti BERSATU (yang menganggotai Parti Gabungan GRS), yang juga merupakan Ahli Dewan Rakyat yang dipilih di PRU15 pada 19.11.2022, yang kononnya telah keluar Parti BERSATU tetapi masih kekal dalam GRS.

Pelbagai pihak telah memberi pandangan berkaitan Perkara 49A dan tambahan takrifan “parti politik” di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 06.10.2022 yang lalu, berkaitan sama ada tindakan 4 orang Ahli Dewan Rakyat itu berjumlah kepada PENGGUGURAN KERUSI DEWAN RAKYAT ataupun tidak.

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1038318/umum-keluar-parti-4-ahli-parlimen-bersatu-sabah-perlu-kosongkanhttps://www.astroawani.com/berita-politik/empat-mp-grs-tidak-perlu-kosongkan-kerusi-walaupun-keluar-bersatu-penganalisis-396131https://www.sinarharian.com.my/article/235729/berita/nasional/4-mp-keluar-bersatu-keputusan-muktamad-ditentukan-speaker)

Rakan pemberita telah menghubungi saya untuk pandangan perundangan berkaitan isu yang sama, dan saya telah majukan “Voice Message” berkaitan isu ini, yang mana telah diterbitkan semula dalam bentuk Video oleh THEMALAYSIAN INSIGHT 12.12.2022 bertajuk “Wakil Rakyat Sabah lompat parti, apa jadi pada kerusi Parlimen?”, yang mana adalah dimuat naik di Siri : 3746, dan terdapat juga beberapa video lain di Siri : 3747, 3750 dan  3773, berkaitan perkara yang sama, untuk kemudahan rujukan para pembaca.

Pada 29.12.2022 Parti BERSATU telah memajukan SURAT ADUAN untuk pengosongan kerusi kesemua 4 Ahli Dewan Rakyat berkenaan kepada SPEAKER Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan seperti yang dilaporkan SINAR HARIAN 29.12.2022 bertajuk “BERSATU hantar notis kosongkan 4 kerusi bekas MP BERSATU.”

(Link Laporan : https://www.sinarharian.com.my/article/238170/berita/politik/bersatu-hantar-notis-kosongkan-4-kerusi-bekas-mp-bersatu)

Pada petang semalam seorang rakan pemberita telah menghubungi saya untuk bertanyakan proses dan cara SPEAKER Dewan Rakyat JOHARI ABDUL akan mengendalikan SURAT ADUAN Parti BERSATU berkenaan dari sudut kedaulatan undang-undang, yang mana telah dilaporkan SINAR PREMIUM 15.01.2023 bertajuk “Nasib 4 MP Sabah: Status keahlian GRS jadi penentu”, yang mana adalah dimuat naik di Ruang Bawah.

https://premium.sinarharian.com.my/article/226198/mediasi-kritis/analisis/nasib-4-mp-sabah-status-keahlian-grs-jadi-penentu

SINAR PREMIUM 15.01.2023:

‘Nasib 4 MP Sabah: Status keahlian GRS jadi penentu’ – Haniff Khatri:

KESAHIHAN status keahlian parti sewaktu bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diambil kira dalam menentukan keputusan empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Isnin.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, tugas pertama Speaker Dewan Rakyat adalah menentukan sama ada wujud kekosongan kerusi Parlimen seperti didakwa selain status keahlian parti empat Ahli Parlimen berkenaan.

“Mengikut Perkara 49 (A) Fasal 3, apabila seorang Speaker menerima notis bertulis daripada ahli Dewan tentang wujudnya pengosongan kerusi, maka beliau hendaklah menentukan ada atau tidak pengosongan kerusi tersebut.

“Seterusnya, dalam membuat keputusan berhubung isu empat Ahli Parlimen ini, Speaker perlu mendapatkan dan meneliti lebih lanjut segala maklumat berkaitan.

“Antara maklumat perlu diteliti adalah status keahlian ketika bertanding PRU15, sama ada mereka keluar BERSATU sebelum atau selepas PRU15 serta kesahihan sama ada mereka benar-benar ahli individu parti koalisi GRS,” katanya lagi.

Persoalan status keahlian adalah paling utama untuk dijawab bagi membolehkan keputusan sama ada pengosongan kerusi adalah wajar atau sebaliknya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, mengambil kira banyak kesamaran dalam fakta berkaitan status keahlian empat Ahli Parlimen terbabit, beliau tidak menolak kemungkinan permasalahan itu akan berakhir di mahkamah.

“Ini boleh berlaku jika mana-mana pihak terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan diumumkan Speaker kelak.” Oleh kerana ia melibatkan takrifan dalam Perlembagaan, maka boleh dibawa ke mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, jika keputusan mengarahkan keempat-empat kerusi dikosongkan, maka Speaker perlu memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari daripada tarikh terima notis dan SPR mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil.’

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )